style="text-align: center"

Sabtu, 13 Februari 2016

VANILLA CREAM CHEESE MUFFIN

Assalam buat semua...
Awal tahun yang amat sibuk buat saya..
sehingga kadang-kadang tiada masa untuk menulis di sini..
sehingga kadang-kadang saya 'terbuat' tugasan sampai ke lewat petang.
tapi kalau bab-bab memasak sempat juga curi masa time hujung minggu cuba resepi baru.
kali ini saya buat Vanilla cream cheese muffin
Let's try baking.

VANILLA CREAM CHEESE MUFFIN
Oleh:Noor Abdul Rahim.Thanks
www.Bukuresepi.com

Bahan-bahan
1 3/4 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil baking powder
2 biji telur-suhu bilik
1 1/2 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan gula halus
1/2 cawan mentega cair
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan kranberies kering/kismis

150 gm cream cheese-suhu bilik
3 sudu besar gula aising
Cara membuatnya
  • Ayak tepung bersama baking powder dan ketepikan.
  • Kacau cream cheese dan gula aising hingga berkrim.
  • Satukan kesemua bahan kecuali tepung dan cream cheese.Gaul hingga sebati.
  • Masukkan tepung dan gaul sekadar bercampur.Jangan terlebih gaul.
  • Isikan muffin pan atau mangkuk kertas muffin hingga paras 1/3 penuh.
  • Bubuh sesudu besar cream chese dan pusingkan sedikit supaya bercampur sedikit dengan adunan tepung.
  • Bakar di dalam oven yang telah di panaskan pada suhu 175 'c selama 18-20 minit hingga perang ikut oven masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan