style="text-align: center"

Selasa, 2 Februari 2016

PUDING KASTARD BERKUAH

As-Salam buat semua..
Puding ini selalu saja saya buat kalau ada jamuan.
Mudah dan cepat untuk di sediakan.
Makan sejuk-sejuk  terasa dingin tekak dalam cuaca panas 
tapi kalau kat rumah..
saya sorang lah yang makan puding ni.
anak-anak pemilih..tak makan puding.
Let's try buat

Bahan-bahan
10 gm serbuk agar-agar
4 cawan air
1 tin susu cair
1 1/2 cawan gula halus/ikut manis sendiri

1 cawan tepung kastard 
1 cawan air 
1 sudu kecil esen vanila
ceri merah untuk hiasan

Cara membuatnya
  • Masak agar-agar bersama air hingga mendidih dan gula larut.
  • Tuangkan susu cair dan esen vanila.
  • Bancuh tepung kastard dengan 1 cawan air. 
  • Kemudian tapis dan tuang ke dalam adunan puding tadi.
  • Kacau adunan hingga hampir pekat.
  • Apabila telah masak tuangkan ke dalam acuan kecil.
  • Biarkan sejuk .
 
 
Kuah kastard
1 tin susu cair
2 gelas air
5 sudu besar gula pasir
secubit garam
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
fruit cocktail

Cara membuatnya
  • Masak susu,air dan gula dengan api perlahan sampai mendidih.
  • Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuang ke dalam kuah adunan.
  • Tambah secubit garam dan esen vanila.
  • Biarkan kuah mendidih .
  • Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti ais supaya sedap di makan sejuk.
  • Untuk menghidang,masukkan kuah ke dalam mangkuk besar.
  • Letakkan ais dan fruit cocktail dan letakkan puding,siap untuk di makan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan