Ahad, 8 Mei 2016

NO BAKE OREO CHEESECAKE

Assalam buat semua..
No bake Oreo Cheescake...walau bersepai dan bersepah kejadiannya.. 
tetap nak post jugak.
Nak buat next entri entah la bila pula.
Dah lama rancang nak buat..tapi tiap kali beli biskut Oreo,asyik kena kidnap kat Azim saja.
Best bagi saya sebab buat ikut citarasa sendiri.
Adunan kek di kurangkan sedikit sukatan gula kerana saya menambahkan serbuk Oreo dan kepingan Oreo di dalamnya.
Saya hanya menggunakan sebanyak 80 gm gula sahaja di dalam resepi ini.
dan supaya cepat set,saya tambahkan 1 sudu teh gelatine halal ke dalam adunan...supaya cepat dapat makan.
Resepi dari zalinzalina.blogspot.com .thanks
Let's try buat.

NO BAKE OREO CHEESECAKE

Bahan base
200 gm biskut oreo yang di hancurkan
100 gm butter-di cairkan

Kedua bahan ini di gaul bersama dan di tekan di dalam loose pan hingga padat.
Letak dalam peti sejuk.

Bahan kek
300 gm atau 1 1/2 cawan krim putar
500 gm cream cheese
200 gm gula     
sedikit perahan lemon
1 sudu teh serbuk gelatine halal campur dengan 2 sudu besar air panas.

hiasan/pilihan
kepingan oreo
serbuk oreo
krim putar

Cara membuatnya

  • Putar krim putar hingga kental.Ketepikan.
  • Pukul cream cheese hingga lembut bersama gula kastor.Tambahkan larutan gelatine halal dan pukul rata.
  • Kemudian gaulkan dengan krim putar yang telah di pukul tadi.
  • Campurkan sedikit jus lemon dan gaul rata.
  • Tambahkan dengan sedikit serbuk oreo dan kepingan oreo ke dalam adunan dan gaul rata
  • Tuangkan adunan ke dalam base dan hentakkan sedikit loyang supaya rata.
  • Taburkan dengan serbuk oreo dan hiaskan dengan krim putar dan kepingan oreo di atas nya jika suka.
  • Jika tidak menggunakan gelatine sejukkan lebih kurang 24 jam di dalam peti sejuk hingga adunan set.
  • Saya hanya sejukkan semalaman sahaja. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan