Isnin, 13 Jun 2016

KUIH CARA BERLAUK

Assalam buat semua..
6 Ramadhan.. 
Dah terajin sikit gi buat Kuih cara berlauk.
beli acuan Kuih cara dah hampir 2 tahun tapi tak pernah menggunakannya.
Agak berat nak buat,bukan apa,malas nak duduk tepi dapur lama-lama.
Lastly saya terbuat juga bila nampak resepinya,mudah saja.
hanya buat satu adunan boleh lah sebagai permulaan.
Macam mana agaknya orang yang ambik tempahan banyak-banyak tu.
Agaknya dia buat sambil duduk,nak siapkan ini pun memakan masa.
Tapi puashati bila dapat buat sendiri,boleh letak inti banyak-banyak
Garing saja kulit luarnya bila baru masak.
Resepi dari zila4ever.blogspot.com  .Thanks
Let's try buat.

KUIH CARA BERLAUK

Bahan-bahan
2 keping daging burger/daging cincang
1 labu bawang besar-di dadu
2 ulas bawang putih-cincang
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar sos black pepper
1 sudu kecil cili kisar
1/2 sudu teh lada hitam kisar

daun sup-hiris halus
cili merah -hiris halus  saya guna capsicum merah
sedikit air
garam dan gula secukup rasa
sedikit bawang goreng

Cara buat intinya

  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.Masukkan cili kisar.
  • Kacau rata dan masak sekejap.
  • Tambah rempah kari dan sos black pepper.Kacau dan tambah sedikit air.Masukkan daging dan kacau rata.
  • Masak dengan api kecil hingga daging berubah warna dan kering.
  • Tambah lada hitam kisar dan perasakan secukupnya.Tambahkan garam dan sedikit gula jika perlu.
  • Kacau rata dan akhir sekali masukkan setengah dari daun sup dan cili hiris.
  • Gaul rata dan matikan api.


Bahan kastard
75 gm tepung gandum
1 biji telur gred A
170 ml santan(jika santan kotak guna 100ml santan + 70 ml air)
2 sudu besar mentega/marjerin-di cairkan
beberapa titik pewarna kuning
sedikit garam

Cara membuatnya

  • Ayak tepung dalam satu bekas.Masukkan telur dan santan sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  • Tambah garam,mentega cair dan pewarna kuning.
  • Kacau hingga rata dan tapis.Boleh juga di kisar dalam blender.
Untuk kuih cara berlauk

  • Panaskan acuan kuih bahulu bentuk cermai.Guna api dapur kecil.Sapu acuan dengan minyak masak.
  • Tuang adunan kuih cara 3/4 penuh.buat hingga habis setiap lubang acuan kemudian sudukan inti ke dalam adunan.
  • Taburkan daun sup,cili merah dan bawang goreng.
  • Tutup sekejap dalam 1-2 minit dan keluarkan dari acuan.
  • Ulang langkah dan buat sehingga adunan habis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan