Selasa, 26 Julai 2016

PUDING BUIH

Assalam buat semua..
Saya buat puding buih ini menggunakan lebihan putih telur.
banyak tersimpan dalam peti sejuk setelah selesai buat biskut raya yang hanya menggunakan kuning telur sahaja.
Jumpa resepi ini dari buku Senangnya memasak puding dan dessert dari Chef Hanieliza.
Let's try buat.

PUDING BUIH

Bahan A
1/2 paket serbuk agar-agar(5 gm)
1 liter air - saya guna 900 ml sahaja
1/2 cawan gula
1 helai daun pandan-di simpul
5 biji telur gred A-ambil putih sahaja
sedikit pewarna merah

Bahan B(koktel)
1 tin susu cair(400 ml)
1 cawan air buah koktel
1/2 cawan gula
2 sudu makan tepung kastard
2 biji kuning telur-  tak letak
1 tin koktel buahan -tapis airnya

Cara membuatnya
  • Masakkan serbuk agar-agar bersama air,gula dan daun pandan sehingga mendidih.
  • Apabila mendidih ,tutup api dan masukkan pewarna merah.Kacau sebati dan sejukkan.
  • Pukul putih telur di dalam mangkuk sehingga gebu dan ringan.
  • Tuangkan adunan agar-agar ke dalam adunan telur dan kacau dengan mixer hingga sebati.
  • Masukkan ke dalam acuan yang sudah di basahkan.Sejukkan.
  • Masukkan semua bahan B kecuali koktel buahan ke dalam periuk dan masakkan sehingga mendidih sambil sentiasa mengacau.
  • Sejukkan kuah puding dan masukkan ke dalam peti sejuk.
  • Hidangkan puding bersama koktel buah-buahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan