Try inovasi dari mee maggi buat muffin pula.
Bila siap teksturnya bukanlah seperti muffin kek yang biasa kita makan tu.Ia lembut semasa panas dan agak kenyal bila sejuk.
Rasa macam pizza maggi pula.
Sedap lagi jika di makan dengan sos.
Resepi dari blog Tiffin Biru.Thanks.
Let's try baking.
MUFFIN MEE MAGGI
Bahan-bahan
1 paket maggi perisa kari
2 biji telur
100 ml susu segar
1 sudu besar mayonis
1 biji bawang besar saiz sederhana-dadu
1 biji cili merah-hiris halus
1 pokok daun bawang-hiris
2 sudu besar mentega-cairkan
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1/2 susu teh gula halus
secubit garam
1 batang sosej ayamas-dadu kecil
hirisan daun bawang -hiasan
Cara membuatnya
- Panaskan oven pada suhu 180'c ,alas muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras.
- Celur maggi sampai lembut,tos dan biar sejuk.Ketepikan.
- Satukan tepung dengan baking powder dan ayak.
- Campurkan tepung dengan sosej,bawang besar,cili merah,perisa kari,daun bawang dan secubit garam.Gaul rata.
- Dalam bekas lain,satukan susu,gula telur,mayonis,mentega cair dan kacau hingga sebati dan gula larut.
- Tuangkan ke dalam adunan tepung dan gaul rata.
- Sudukan 3/4 penuh ke dalam muffin cup dan tabur hirisan daun bawang.
- Bakar selama 25 minit atau hingga kuning keemasan.
- Hidangkan panas atau sejuk mengikut citarasa masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan