style="text-align: center"

Khamis, 29 September 2016

KETAM MASAK CILI

Assalam buat semua..
Hari ini saya nak kongsi satu lagi resepi ketam yamg mudah di buat..
walaupun hanya seorang sahaja anak saya yang makan ketam,tapi sekali-sekala rajinkan diri masak ketam.
Kalau beli ketam biasanya dua ekor sahaja,cukuplah untuk seorang makan.
Resepi dari blog masam manis.Thanks
Let's try masak.

KETAM MASAK CILI

Bahan-bahan
4 ekor ketam-cuci bersih dan toskan
1 batang serai-di titik
3 sudu besar sos cili
garam dan gula secukup rasa
1 pokok daun ketumbar -di hiris

bahan di tambah
4 sudu besar sos Mae phraenom/sos cili thai
5 helai daun limau purut
1 biji telur-di kacau.
tomato ceri

Bahan kisar
15 tangkai cili kering-kisar
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih 
1 inci halia
sedikit belacan-jika suka

Cara membuatnya

  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga harum dan naik minyak.tambah air jika terlalu kering.
  • Masukkan serai,sos cili,sos mae phraenom dan daun limau purut.
  • Masak hingga kuah pekat.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan ketam dan masak hingga empuk.
  • Curahkan telur dan gaul rata.masukkan tomato ceri.
  • Angkat dan taburkan hirisan daun ketumbar
  • Sedia untuk di hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan