style="text-align: center"

Isnin, 3 Oktober 2016

CUCUR SAYUR RANGUP

Assalam buat semua..
Hari ini pada sebelah petang hingga ke awal malam hujan turun tak berhenti-henti.
Best juga makan cucur yang masih panas-panas.
Tengah sejuk-sejuk tak dapat nak keluar rumah,laju la makan cucur yang baru lepas di goreng ni.
Rangup di luar dan lembut saja di dalam
Resepi dari Seharum dapur bonda kc.Thanks.
Let's trybuat.

Bahan A
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk ikan bilis/optional
1 sudu besar minyak masak
1 biji telur ayam
*gaul rata semua bahan

Bahan B
1 cawan kubis
1 cawan karot
1 cawan daun sup,daun bawang
1 biji bawang besar
*semua bahan di hiris halus

2 cawan air,jangan di habiskan,bergantung pada tepung ,bancuhan tidak terlalu pekat atau cair.

Pilihan lain
ikan bilis -goreng dahulu dan tambah dalam adunan
udang-potong kecil

Cara membuatnya

  • Masukkan bahan B ke dalam bahan A
  • Gaul rata supaya sebati
  • Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang sesuai untuk di goreng.
  • Masukkan ikan bilis atau udang jika ada.
  • Sesuaikan rasanya dan rehatkan selama 10 minit.
  • Goreng hingga habis.
  • Toskan minyak dan hidangkan bersama sos pilihan.

1 ulasan: