style="text-align: center"

Isnin, 10 Oktober 2016

ZUCCINI BROWNIES

 Assalam buat semua..
First time buat brownies guna sayur
Ingatkan ada la rasa Zuccini tu dalam brownies ni,tapi tak terasa pula timunnya
Azim makan dan tak sedar dalam brownies ni ada timun
kalau tidak jangan haraplah dia nak makan timun
Segalanya di tutupi oleh rasa coklat di dalamnya
teksturnya moist dan lembut sahaja walaupun dalam adunan tiada telur di gunakan.
Untuk toppingnya pula saya adjust sukatan gulanya.
resepi sebenar ada kat All recipes.com.
Let's try baking

ZUCCINI BROWNIES

Bahan-bahan
1/2 cawan minyak sayur
1 1/2 cawan gula kastor
2 sudu teh esen vanila
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan unsweeten serbuk koko
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
2 cawan zuccini parut
1/2 cawan walnut cincang
1/4 cawan susu    saya tambah.
coklat cip untuk taburan atas   saya tambah 

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 175'c.Lengserkan loyang dan alas dengan baking sheet.
  • Dalam mangkuk campurkan gula,esen vanila,dan minyak sayur.Kacau sampai gula larut.
  • Campurkan tepung gandum dengan soda bikarbonat dan serbuk koko.
  • Gaulkan ke dalam adunan basah dan tambah Zuccini dan walnut.Gaul rata.
  • Taburkan coklat cip di atasnya.
  • Curahkan ke dalam loyang dan bakar dalam oven yang telah di panaskan selama 25-30 minit atau sehingga masak.
Untuk toppingnya
6 sudu besar serbuk koko
1/4 cawan mentega
1/4 cawan susu
susu pekat ikut kemanisan sendiri
1/2 sudu teh esen vanila 

Campurkan semua bahan dan panaskan di atas api sederhana.
Kacau hingga larut dan licin.Sejukkan.
Paipkan di atas brownies dan potong bentuk empat segi.

2 ulasan: