style="text-align: center"

Rabu, 12 Oktober 2016

PUDING SUSU KIWI

Assalam buat semua..
Lama tak buat puding.
Hujan-hujan pun nak makan puding juga.Terjumpa buah kiwi dalam peti sejuk.
Macam biasalah beli bahan-bahan masakan buat stok untuk apa-apa resepi untuk blog.
Lama-lama duk terperap dalam peti ais,terlepas pandang
Nak bagi cepat habis,saya buat puding.
Resepi dari Sinar kehidupanku.Thanks...

PUDING SUSU KIWI

Bahan-bahan
10 gm serbuk agar-agar
700 ml air
1/2 cawan gula pasir
400 ml susu segar atau susu cair
200 ml santan
2 helai daun pandan
buah kiwi secukupnya-hancurkan dan sebahagian lagi di potong separuh bulat

pewarna hijau   saya  tambah

Cara membuatnya
  • Satukan serbuk agar-agar,air dan daun pandan.
  • Masukkan gula pasir,susu dan santan dan masak hingga gula larut.
  • Masak dengan api yang kecil dan kacau sebati semua bahan .
  • Bila mendidih,padamkan api dan bahagikan kepada dua bahagian.
  • Satu bahagian di masukkan pewarna hijau.dan separuh lagi di biarkan warna putih(warna asal)
  • Susunkan buah kiwi bentuk separuh bulat di dinding bekas acuan.
  • Curahkan sedikit adunan warna putih.
  • Biar ia keras sedikit,barulan masukkan kesemua adunan warna putih untuk elakkan potongan kiwi jadi terapung
  • Satu bahagian lagi yang hijau masukkan buah kiwi hancur
  • Sejukkan bahagian putih dahulu dan biar lapisannya keras sedikit.
  • Goreskan dengan garfu dan curahkan lapisan kedua yang hijau.
  • Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga keras.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan