Ahad, 27 November 2016

PISANG GORENG RANGUP DENGAN SAMBAL KICAP MADU

Assalam buat semua..
Biasanya di Kelantan pisang goreng di makan begitu sahaja.
Saya suka makan Pisang goreng yang rasanya manis sedikit.
Biasa la di sini,kalau tak rasa manis tu serba tak kena jadinya.
Macam tu lah citarasa yang berlainan di setiap negeri.
Sebab tu saya suka cuba buat atau makan masakan negeri lain.
Nak cuba makan Pisang goreng cicah Sambal kicap macam orang Johor lah pulak.
Rupa-rupanya sedap walau baru pertama kali makan.
Kan dah kata..kena cuba dulu,baru tau sedap!
Let's try buat.

PISANG GORENG RANGUP

Bahan-bahan
2 biji pisang tanduk- potong menyerong dan belah dua
100 gm tepung beras
50 gm tepung ubi
1 sudu besar marjerin atau butter-di cairkan.
1/2 cawan santan
1 biji telur
1 sudu teh air kapur makan-ambil air jernih yang telah di mendapkan
sedikit pewarna kuning
secubit garam dan gula 

Cara membuatnya

  • Satukan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.
  • Tambahkan marjerin/butter cair.Kacau rata.
  • Panaskan minyak untuk menggoreng.
  • Celupkan dan salut pisang ke dalam adunan tepung dan goreng hingga garing.
  • Angkat dan toskan.
Sambal kicap madu

Bahan-bahan
20 tangkai cili padi-biarkan dengan tangkai untuk elak pedas
5 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar madu
gula secukupnya
8 biji limau kasturi-ambil jusnya

Cara membuatnya

  • Masukkan semua bahan ke dalam pengisar kecuali limau kasturi.
  • Kisar hingga halus.
  • Masukkan ke dalam bekas dan perahkan limau kasturi.
  • Kacau rata dan sedia di cicah denagn pisang goreng.

5 ulasan:

  1. Uiks! Cicah kicap? Sedap juga macam tu. Dulu masa PH kat sekolah, dia orang cicah dengan lada. Tapi selalunya PH makan pisang goreng tanpa cicah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun baru pertama kali cuba.Selama ni tak pernah makan pun Pisang goreng cicah kicap,cuma makan begitu saja.

      Padam