Tulis pemilik resepi ni..cuba la baru tau.
dah cuba..memang rangup.
Lepas siap gi letak depan anak-anak,sekejap dah habis.
Macam makan keropok pula.
cara buat pun ringkas sahaja
Resepi dari Anita Daniel's Kitchen.Thanks.
Let's try buat.
PENKEK POPIA RANGUP
Bahan-bahan
1/2 udang/ayam-cincang halus
1 sudu kecil garlic powder
1/2 cawan daun bawang-potong halus
4 sudu besar tepung jagung
secubit garam dan gula
1 sudu kecil lada putih
1 biji telur
mozarella cheese-optional
tepung jagung
Cara membuatnya
- Campurkan kesemua bahan dan gaul rata.
- Ambil sehelai kulit popia dan bentangkan.
- Letakkan intinya dan lapis dengan sekeping kulit popia lagi.
- Untuk lebih rangup jangan letak inti terlalu banyak.
- Tekankan/cucuk dengan garfu supaya udara keluar.
- Angkat perlahan dan goreng dalam kuali leper non stick dengan 3 sudu besar minyak atau secukupnya.
- Balik-balikkan supaya masak serata.
- Angkat dan toskan.
- Boleh potong sesuka hati.
- Hidangkan dengan sos pencicah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan