Sabtu, 12 November 2016

KEK KARAMEL PELANGI

 Assalam buat semua..
Pernah sekali membuat kek ini beberapa tahun lepas.
Lepas tu jadi malas nak buat sebab yang pertama kali tu tak berapa cantik kejadiannya.
Karamelnya banyak sampai  habis kek jadi basah.
Semalam terjumpa satu tip,dia tulis kalau tak mahu kek ni basah dengan karamel,buat gula hangus satu atau dua sudu besar sahaja.
Kita pun cuba..
ok lah kejadiannya kali ini..untuk puaskan hati saya.
tidaklah basah sangat lagi.
kek ni sungguh lembut dan gebu.
cuma..lapisan atas tidak berapa tebal sebab guna loyang besar.
 Kek ni sedap di makan sejuk-sejuk
dari nak makan sekeping sampai berkeping-keping saya makan.
bila la nak pencen dari makan kek..
selalu saja tak-sedar-diri bila nampak kek!
Resepi dari FB
Let's try baking

KEK KARAMEL PELANGI

Untuk karamel
2 sudu besar gula pasir
masak menggunakan api sederhana hingga hangus.
Ratakan dalam loyang dan ketepikan .
biarkan sejuk.

Lapisan atas
Bahan A
1/2 tin susu cair
70 gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
3 biji kuning telur
kacau sebati hingga gula hancur
tapis bahan A ke dalam loyang karamel yang telah di sejukkan tadi.
ketepikan.

Bahan B
140 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
135 ml air
45 ml minyak  jagung
3 biji kuning telur
70 gm gula kastor
pukul semua bahan di atas menggunakan mixer hingga gebu.

Bahan C
6 biji putih telur
1 sudu teh cream of tartar
70 gm gula kastor

  • Pukul bahan C menggunakan mixer hingga ringan dan menjadi meringue(bila bekas di terbalikkan ia tidak tumpah).
  • Campurkan adunan meringue tadi ke dalam bahan B.
  • Kaup balik menggunakan spatula hingga sebati.
  • Bahagikan adunan kepada empat bahagian.
  • Tuangkan adunan berseling-seli sebanyak 3 sudu besar setiap warna ke dalam loyang berisi karamel.
  • Bila siap lapiskan semua adunan kek,lorekkan guna lidi dari bahagian tepi loyang ke arah tengah hingga menjadi corak seperti gambar di atas.
  • Bakar secara bain marie/water bake(letak loyang dalam dulang berisi air).
  • Bakar dengan suhu 160'c selama lebih kurang satu jam dengan api bawah sahaja bergantung pada oven masing-masing.
  • Bila masak,sejukkan sebentar dan lorekkan dengan pisau keliling kek dan keluarkan kek dengan berhati-hati.
  • Sejukkan di dalam peti sejuk.

2 ulasan: