style="text-align: center"

Khamis, 2 Februari 2017

BUTTER CHICKEN

Assalam buat semua..
Butter chicken yang amat sedap ni menjadi resepi kesukaan anak-anak saya.
Kadang-kadang tu sampai 2 hari berturut-turut saya akan memasak resepi yang sama pada hujung minggu.Dah tersuka..macam tu lah.
Tengah ambil gambar pun sempat lagi azim ambil makan.
Resepi dari Azie Kitchen.Thanks
Let's try masak

BUTTER CHICKEN

Bahan-bahan
2 keping boneless thigh chicken -potong kecil-kecil
2 sudu besar butter
1 sudu besar cili merah cincang
2 biji cili padi-cincang
1 tangkai daun kari atau lebih
230 ml susu cair atau ikut kepekatan di sukai
beberapa keping cheese
serbuk perisa ayam Knorr secukup rasa
serbuk lada hitam
garam dan gula secukup rasa

Bahan perap
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk kari
1/2 sudu besar gula
1 biji telur

Cara membuatnya
  • Perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam.
  • Goreng sehingga kekuningan,tos dan ketepikan.
  • Panaskan butter dalam non-stick pan dan masukkan cili cincang dan daun kari.Tumis hingga berbau wangi.
  • Masukkan susu cair dan masak hingga mendidih.
  • Kemudian masukkan pula cheese.
  • Akhir sekali masukkan serbuk perisa ayam,serbuk lada hitam,garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan ayam dan gaul rata.Biar seketika supaya sebati.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di hidangkan.
*Dalam resepi di atas,saya menggunakan separuh sahaja susu cair dengan 2 keping cheesedale.

6 ulasan:

  1. Sedap ni. Popular dengan budak2. Senanglah macam tu, boleh repeat masak, tak payah susah2 fikir apa nak masak hah..hah...

    BalasPadam
  2. salam kak..

    sedap ni..lama x buat..hihi

    BalasPadam
  3. Sedapkan PH.mak budak pun suka !..

    BalasPadam
  4. Try buat untuk anak-anak..sedap ni.

    BalasPadam