Khamis, 3 Ogos 2017

TELUR MASAK PINDANG

Assalam buat semua..
Pada mulanya saya ingatkan Telur masak pindang ini adalah telur rebus dengan rempah dan daunan seperti yang selalu kita jumpa kat kenduri di Negeri Johor.
Resepi ini di panggil juga Telur masak pindang dan di ajarkan kepada saya oleh Makcik Zaitun yang baik hati dari Rembau,Negeri Sembilan.
Terimakasih Makcik Zaitun yang comel.
Sedap juga rasanya bila di makan dengan nasi putih. 
Let's try buat

TELUR PINDANG

Bahan-bahan
8-10 biji telur ayam
1 kg.santan pekat

Bahan tumbuk
10 ulas bawang merah/ikut jumlah sendiri
10 cili padi/ikut kesukaan sendiri

garam secukup rasa
pucuk ubi secukupnya
daun kunyit secukupnya

4 helai daun pisang potong 4 segi lebar

Cara membuatnya

  • Pecahkan telur dalam bekas dan kacau rata.
  • Panaskan kuali dengan api kecil dan alaskan dengan dua keping daun pisang.
  • Masukkan telur tadi dan biarkan hingga bahagian bawah masak.
  • Letakkan 2 keping lagi daun pisang di atas bahagian atas telur.
  • Balikkan telur kesebelah lagi bersama-sama helaian daun pisang.
  • Masak telur sebelah lagi hingga masak.
  • Angkat dan potong bentuk kiub sederhana kecil.Ketepikan.
Masak kuah
  • Ambil daun kunyit dan balutkan pucuk ubi dan potong halus-halus.
  • Masukkan santan pekat bersama bahan tumbuk dan secawan air
  • Masak dengan api sederhana .
  • Bila mendidih,masukkan kesemua bahan yang di hiris halus.
  • Masukkan telur kiub tadi tambahkan garam secukup rasa.
  • Kecilkan dan biarkan ia merenih lama-lama sampai kuah agak pekat.
  • Kemudian bolehlah di hidangkan. 

2 ulasan:

  1. Pada mulanya saya pun sangka telur pindang yang biasa tu, tapi tengok gambar macam lain pulak. Tq for sharing Suzana. Menarik resepinya ni tau!

    BalasPadam
  2. try buat Amie..sedap pada selera saya.

    BalasPadam