style="text-align: center"

Selasa, 1 Ogos 2017

KUIH LAPIS

Assalam buat semua..
Baru sekali try buat Kuih lapis sebab nampak resepinya macam mudah sahaja.
Buat warna -warni nampak meriah sikit.
Ok la,not bad pada diri sendiri sebab orang kata kalau kuih lapis tu menjadi.setiap lapisannya boleh di tanggalkan.
Tu.. boleh tanggal setiap lapis, tapi tidak berapa kemas kejadiannya.
Bukan untuk tempahan pun,nak makan sendiri ..
Let's try buat

KUIH LAPIS

Bahan-bahan
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
5 cawan santan
1/2 sudu kecil garam
pewarna pilihan

Cara membuatnya

  • Panaskan pengukus.
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam blender.
  • Tapiskan dan bahagi kepada beberapa warna pilihan
  • Kukus setiap warna selama lebih kurang 10 minit setiap lapis.
  • Gunakan senduk yang sama untuk menyukat supaya lapisan sama tinggi.
  • Buat sampai habis .
  • Sejukkan dahulu di dalam peti sejuk sebelum di potong.

2 ulasan:

  1. kaknoor belum pernah try kuih lapis ni Su asyik dok buat kuih lain je
    mungkin lepas ni boleh try resepi Su pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try la Kak Noor,mudah saja.resepi dulu-dulu pun sedap juga.

      Padam