style="text-align: center"

Ahad, 14 Januari 2018

FAMOUS AMOS COOKIES

Assalam buat semua..
Hari cuti dari bertugas.
Saya main masak-masak hari ini.
Buat Biskut Famous Amos yang rangup dan sedap ni
Dah banyak resepi saya cuba,yang ni pun best juga.
Mula-mula nak makan sekeping
Pastu makan 23456 keping !
Resepi dari Moshi Bella/Senangnya Masak FB
Let's try baking

FAMOUS AMOS COOKIES

Bahan A
1/4 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang    saya letak 1/3 cawan
1/2 cawan mentega
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/2 sudu besar susu segar/susu tepung
1/2 sudu kecil esen vanilla

Bahan B(di ayak)
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil cream of tartar/jus lemon/cuka
1 cawan coklat cip
walnut,almond cincang

Cara membuatnya

  • Satukan kesemua bahan A dan kacau hingga sebati.
  • Masukkan bahan B dan gaul rata.
  • Bakar dalam oven pada suhu 160'c selama 15- 20 minit bergantung pada oven masing-masing.
  • Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

1 ulasan: