style="text-align: center"

Sabtu, 7 April 2018

COKLAT CIP COOKIES

Assalam buat semua..
Satu lagi resepi Biskut coklat cip yang di cuba rasa oleh saya.
Ok juga resepi ni.
Biskutnya rangup dan sedap.
Cuma saya kurangkan sedikit kemanisannya.
Let's try baking

COKLAT CIP COOKIES

Bahan-bahan
1 cawan butter
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula kastor   saya guna 1/3 cawan
1 biji telur
1 sudu teh creamy vanila
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
1/2 sudu teh baking soda
1 cawan coklat cip

Cara membuatnya

  • Pukul butter dan kedua-dua gula hingga sebati.
  • Masukkan creamy vanila dan telur.
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan baking soda dan gaul hingga sebati.
  • Adunan mestilah tidak melekat di tangan.Tambah tepung jika perlu.
  • Akhir sekali masukkan coklat cip dan gaul rata.
  • Taburkan sedikit tepung dalam loyang.
  • Sudukan adunan ataupun bentukkan bulat seperti dalam gambar.
  • Bakar dalam suhu 160'c selama 15-20 minit sehingga sedikit perang bergantung pada oven masing-masing.
  • Sejukkan dahulu sebelum di simpan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan