Isnin, 7 Mei 2018

CENDAWAN ENOKI GORENG RANGUP

Assalam buat semua..
Hari ini saya kongsikan resepi Cendawan Enoki goreng rangup.
Sebelum ini hanya goreng Cendawan Tiram sahaja.
Sesiapa yang suka makan cendawan goreng boleh cuba resepi ini.
Sedap di makan begitu sahaja sebagai kudapan.
Let's try buat

CENDAWAN ENOKI GORENG RANGUP

Bahan-bahan
2 bungkus Cendawan Enoki
1 biji telur-pukul ringan
tepung goreng rangup Bestari
minyak untuk goreng terendam.

Cara membuatnya

  • Potong akar Cendawan Enoki,leraikan,basuh dan toskan.
  • Gaul dengan telur hingga rata.
  • Gaulkan dengan tepung goreng rangup.
  • Goreng dalam minyak terendam.Pastikan minyak cukup panas.
  • Goreng hingga nampak kekuningan dan rangup.
  • Angkat dan toskan minyak.
  • Sedap juga di cicah dengan sos.

2 ulasan: