Potato ni boleh di makan sebagai side dish ataupun makan begitu sahaja
Rasanya lemak-lemak masin dan sedap
Sedap di makan masa panas-panas ..rangup
Sambil tengok TV habis sepinggan
Let's try baking
Bahan-bahan
6 biji potato Russet
1/4 cawan olive oil
1sudu besar bawang puith cincang/3 sudu teh garlic powder
3 sudu teh garam/ikut keperluan
1 sudu teh paprika
2/3 cawan Parmesan cheese
2 sudu besar parsley cincang
Cara membuatnya
- Cuci kulit potato dan toskan.Potong bulat nipis.Nak buat wedges pun boleh.
- Panaskan oven pada suhu 200'c.
- Alas baking tray dengan baking sheet.
- Dalam satu bekas satukan olive oil,bawang putih,paprika dan garam.
- Gaul rata bahan dengan kepingan potato.
- Susunkan kepingan potato di atas baking tray.
- Taburkan Parmesan cheese rata -rata di atas potato.
- Bakar untuk selama 35minit sehingga kelihatan golden-crisp.
- Taburkan daun parsley cincang dan Parmesan cheese selebihnya semasa menghidang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan