style="text-align: center"

Rabu, 13 Mac 2019

AGAR-AGAR SANTAN PANDAN

Assalam buat semua..
Agar-agar ni saya buat dengan menggunakan Kelapa Pandan yang di tanam sendiri.
Pokok Kelapa Pandan mempunyai santan yang beraroma pandan wangi.
Saya tidak menambah pewarna,jadi warnanya kelihatan asli,hijau pucat.
Sedap di makan sejuk-sejuk di musim panas dengan suhu 32'c di Kota Bharu hari ini.
Let's try buat.

AGAR-AGAR SANTAN PANDAN

Bahan-bahan
1 paket agar-agar tali/24 gm
5 cawan air
1 1/2 cawan santan pekat
1 biji telur
2 helai daun pandan
sedikit garam
gula ikut manis sendiri

Cara membuatnya

  • Didihkan agar-agar dengan air dan daun pandan hingga larut.
  • Masukkan gula secukup rasa dan garam.
  • Keluarkan daun pandan.
  • Bancuh santan pekat dengan telur dan kacau rata.
  • Masukkan perlahan-lahan ke dalam adunan agar-agar mendidih sambil di kacau perlahan.
  • Bila ia mendidih sekali lagi,padamkam api.
  • Masukkan ke dalam bekas sesuai dan sejukkan.
  • Masukkan ke dalam peti sejuk.

4 ulasan:

  1. musim panas sekarang ni memang sesuai sangat makan agar-agar yang baru keluar dari peti sejuk. .. rasa macam tak cukup pulak !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye la FHA..memang sedap makan sejuk-sejuk kan..

      Padam
  2. saya juga baru buat agar-agar santan pandan:) memang sedap panas2 ni makan agar-agar kann..:) jemput visit blog sy:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best kan makan sejuk-sejuk.dari nak makan sekeping dah berkeping-keping.Ok done visit.Nice.

      Padam