style="text-align: center"

Ahad, 18 Ogos 2019

POPIA NESTUM

Assalam buat semua..
Saya buat Popia Nestum ni sebagai kudapan.
Sambil tengok TV atau baca buku boleh juga kunyah-kunyah.
Letak serdak nestum banyak-banyak lagi best.
Selain dari di gulung boleh juga di potong-empat segi
Bercinta sorang-sorang nak habiskan membuatnya.
Akhirnya siap juga.
Let's try buat

POPIA NESTUM

Bahan-bahan
kulit popia secukupnya

Nestum
gula
susu tepung

Cara membuatnya

  • Gulung kulit popia dan gamkan hujungnya dengan tepung gandum yang di bancuh air.
  • Buat sampai habis.
  • Gunting bentuk menyerong
  • Goreng sehingga warna perang.Toskan
  • Sementara itu kisar nestum,gula dan susu tepung.
  • Gaulkan dengan popia yang siap di goreng tadi.
  • Simpan di dalam bekas kedap udara.

2 ulasan:

  1. Anak-anak saya suka sangat makan popia nestum. Hari ini buat, esok pagi tinggal balang kosong!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama lah kita..penat buat tak hilang lagi..popia dah surut!

      Padam