Jumaat, 27 Mac 2020

BROWNIES SALTED CARAMEL CREAM

Assalam buat semua..
Dapat berehat di rumah hari ini setelah bertugas berterusan dari hari Sabtu minggu lepas lagi.
Selama enam hari bertugas membuatkan badan dan jiwa pun penat.
Tetapi semangat kuat serta tabah yang ada dalam diri ini membuatkan saya melupakan semua kepenatan ini.
Stay smile..

Brownies yang saya buat untuk anak-anak semalam.
PKP yang berterusan sekarang ni sentiasa saja kena ada makanan,sama ada masakan panas atau kudapan.
Brownies ini ada topping Salted Caramel Cream di atasnya.
Let's try baking.

BROWNIES SALTED CARAMEL

Bahan
165 Chocolate compound
80 gm butter
2 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
90 gm tepung gandum
20 gm serbuk koko
1/2 sudu kecil baking powder
secubit garam

Cara membuatnya

  • Panaskan oven pada suhu 150'c.Alaskan loyang dengan baking sheet.
  • Satukan tepung gandum,serbuk koko dan baking powder.Ayakkan.
  • Coklat compound bersama butter dicairkan secara double boiler.
  • Kacau sebati.Ketepikan.
  • Satukan gula perang,telur,esen vanila,garam dan kacau sebati dengan whisk.
  • Seterusnya masukkan coklat yang di cairkan tadi dan kacau rata.
  • Kaup-balik tepung ke dalam adunan coklat.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang.
  • Bakar hingga masak selama lebih kurang 30-35 minit bergantung pada oven masing-masing.
  • Bila masak,biarkan sekejap di dalam oven.
  • Bila dah sejuk,boleh lah dihias dengan topping pilihan atau di makan begitu saja.
Saya hias dengan Salted Caramel Cream.

Jumaat, 20 Mac 2020

CEKODOK PISANG

Assalam buat semua..
Hari ini saya tidak bertugas.Dapat cuti dua hari selepas habis dari
tugasan malam.
Pagi-pagi masuk dapur,ambil pisang frozen dan lembutkan.
Nak buat Cekodok Pisang.
Makan panas-panas boleh habis sepinggan ni.
Sumber: Majalah RASA
Let's try buat.

CEKODOK PISANG

Bahan-bahan
5 biji pisang saiz besar
2 sudu makan marjerin
5 sudu makan gula pasir(ikut manis sendiri)
1sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
2 cawan tepung gandum

Cara membuatnya

  • Satukan kesemua bahan kecuali tepung gandum dan lenyek hingga sebati
  • Bila dah sebati,masukkan tepung gandum.
  • Gaul sekata bersama pisang tadi.
  • Rehatkan adunan selama 10-15 minit.
  • Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi.
  • Goreng guna api perlahan hinga garing dan masak.
  • Angkat dan toskan.
Nota

  1. Marjerin untuk merangupkan tekstur luaran kulit cekodok bila di goreng. dan menghalang minyak dari menyerap ke dalam Cekodok.
  2. Cekodok akan wangi dan akan mengekalkan rasa aslinya.
  3. Jangan goreng cekodok dengan api besar kerana akan hangit dan tidak masak di dalam.
  4. Untuk hasil Cekodok yang cantik,hanya jemputkan bancuhan ke dalam minyak.
  5. Nanti ia akan sendiri membulat (jika bancuhan itu di buat dengan baik) 

Rabu, 11 Mac 2020

SERIKAYA PULUT


Assalam buat semua..
Sekarang ni tengah fenomena Monsun Timur Laut yang menyebabkan cuaca panas melampau.
Bersyukurlah dengan cuaca panas yang Allah turunkan ini.
Untuk melawan Coronavirus(Covid-19) yang sedang menular.
Virus yang tidak tahan dengan cuaca panas melebihi 25'c.
Semoga kita semua di lindungi dari wabak ini.Aamiin

Ok..nak kongsi resepi Serikaya Pulut.
Kuih tradisional ini popular di Negeri Kelantan.
dan ia adalah kuih kesukaan anak-anak saya.
Sebab itu saya cuba belajar membuatnya sendiri..boleh kurangkan sikit rasa manisnya.

Gambar kedua,potongan tidak berapa kemas sebab ia di potong semasa masih panas lagi.
Kalau lambat ambil gambar dah tentu habis.
Let's try buat.

SERIKAYA PULUT

Bahan
500 gm beras pulut-rendam semalaman
300 ml santan pekat
300 ml air
2 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula

Lapisan atas
10 biji telur-pukul sebati
400 ml. santan pekat
250 gm.gula melaka
1 sudu besar tepung jagung
2 helai daun pandan-carik dan simpul
1/4 sudu kecil garam
sedikit pewarna coklat

Cara membuatnya
  • Tanak/masak beras pulut.Gaul santan dengan garam.
  • Bila sudah masak,gaul dengan santan.
  • Padatkan pulut tanak di dalam bekas(saya guna bekas kaca tahan panas).
  • Sediakan periuk pengukus.Masukkan daun pandan ke dalam air mendidih.
Lapisan atas
  • Blend santan,tepung jagung bersama gula melaka yang telah di racik halus.
  • Tuangkan ke dalam adunan telur.
  • Tambahkan garam dan sedikit pewarna coklat.Kacau rata.
  • Tapis dan tuang ke atas pulut tadi.
  • Kukus hingga masak.
  • Sejukkan sebelum di potong.
**Saya buat separuh dari sukatan resepi di atas.

Selasa, 3 Mac 2020

PAVLOVA

Assalam buat semua..
Dessert kesukaan saya,buat lah berapakali pun..saya tetap suka.
Ibarat cair dalam mulut!
Untuk menghasilakan Pavlova yang rangup di luar dan lembut di dalam,sukatan gulanya kena manis betul.
Tapi saya tidak..tak boleh makan yang terlampau manis tu.
Saya ejas sendiri kemanisannya biar sesuai untuk diri yang dah setengah abad ni..
Let'st try baking

PAVLOVA

Bahan
6 biji telur putih
3/4 cawan gula kastor
2 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu besar jus lemon
1/2 sudu besar creamy vanilla

Hiasan
krim putar di pukul hingga kaku.
Buah-buahan segar

Cara membuatnya

  • Panaskan oven pada suhu 130'c.
  • Alas baking tray dengan baking sheet.
  • Pukul telur putih dalam mixer dengan kelajuan tinggi hingga gebu.
  • Bila dah gebu,masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus di putar.
  • Pukul lagi selama 10 minit.
  • Putih telur akan kelihatan sekata dan sedikit berkilat.
  • Kaup-balikkan jus lemon,tepung jagung dan creamy vanila hingga rata.
  • Letakkan kedalam loyang dan buatkan bentuk bulatan.
  • Lekukkan sedikit di bahagian tengah.
  • Bakar sehingga bahagian luar kering dan tidak melekat apabila di sentuh.
  • Sejukkan dahulu dan hiaskan dengan krim putar dan buah-buahan segar pilihan.

Ahad, 1 Mac 2020

AISKRIM PADDLEPOP

Assalam buat semua..
Mac yang cuacanya panas ..
Saya buat aiskrim ni yang gambarnya di ambil tengah cuaca panas
Aiskrim homemade ni mudah cair kerana tidak di letak bahan penahannya.
Boleh makan cepat-cepat,sekejap saja sudah habis!
Buat la warna-warni sikit supaya nampak menarik.
Resepinya pun mudah saja.
Ok..let's try buat.

AISKRIM   PADDLE POP

Bahan
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis(saya ikut sukatan sendiri)
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil creamy vanilla

Cara membuatnya
  • Satukan kesemua bahan dalam mixer,nak guna blender pun boleh. 
  • Putar pada kelajuan tinggi hingga ringan dan gebu.
  • Bahagikan kepada beberapa warna pilihan ataupun di biarkan putih sahaja jika ingin aiskrim vanilla.
  • Bekukan di dalam freezer.