Assalam buat semua..
Sekarang ni tengah fenomena Monsun Timur Laut yang menyebabkan cuaca panas melampau.
Bersyukurlah dengan cuaca panas yang Allah turunkan ini.
Untuk melawan Coronavirus(Covid-19) yang sedang menular.
Virus yang tidak tahan dengan cuaca panas melebihi 25'c.
Semoga kita semua di lindungi dari wabak ini.Aamiin
Ok..nak kongsi resepi Serikaya Pulut.
Kuih tradisional ini popular di Negeri Kelantan.
dan ia adalah kuih kesukaan anak-anak saya.
Sebab itu saya cuba belajar membuatnya sendiri..boleh kurangkan sikit rasa manisnya.
Gambar kedua,potongan tidak berapa kemas sebab ia di potong semasa masih panas lagi.
Kalau lambat ambil gambar dah tentu habis.
Let's try buat.
SERIKAYA PULUT
Bahan
500 gm beras pulut-rendam semalaman
300 ml santan pekat
300 ml air
2 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula
Lapisan atas
10 biji telur-pukul sebati
400 ml. santan pekat
250 gm.gula melaka
1 sudu besar tepung jagung
2 helai daun pandan-carik dan simpul
1/4 sudu kecil garam
sedikit pewarna coklat
Cara membuatnya
- Tanak/masak beras pulut.Gaul santan dengan garam.
- Bila sudah masak,gaul dengan santan.
- Padatkan pulut tanak di dalam bekas(saya guna bekas kaca tahan panas).
- Sediakan periuk pengukus.Masukkan daun pandan ke dalam air mendidih.
- Blend santan,tepung jagung bersama gula melaka yang telah di racik halus.
- Tuangkan ke dalam adunan telur.
- Tambahkan garam dan sedikit pewarna coklat.Kacau rata.
- Tapis dan tuang ke atas pulut tadi.
- Kukus hingga masak.
- Sejukkan sebelum di potong.
syukur, ada hikmahnya
BalasPadamcuaca memang panas
ye la Sara..Allah Maha mengasihani.
PadamMemang cuaca sungguh panas. Setiap kali masuk kelas, keluar kelas habis basah baju, muka berminyak2 berkilat hahaaaa. Alhamdulillah ada hikmahnya.
BalasPadamTengok permukaan serikaya tu rasa nak makan jew...suka sangat saya dengan serikaya pulut!
Ye la panas juga di sini..walaupun bertugas dalam aircond tapi baju tu rasa melekit juga!.oo..kalau dah suka tentu kena buat ni.
Padam