Sabtu, 23 Mei 2020

SLICE CHOCOLATE CAKE

Assalam buat semua..
30 Ramadan
Masih lagi dalam perintah PKP-B
Berpuasa dan beraya tahun ni dalam keadaan yang agak janggal sedikit kerana lain sedikit keadaaannya dari norma biasa.
Teruskan lah amalkan penjagaan diri dan orang -orang di sekeliling kita mengikut garis panduan yang telah di tetapkan.
Sedih betul nak berpisah dengan Ramadan yang hebat dan penuh dengan seribu RahmatNya ini.
Ingatkan boleh update resepi banyak sikit bulan ni
tapi tak kesampaian juga.
dek kesibukan tugas di hospital dan tugas di dapur.
Ok lah,hari ini saya kongsikan resepi kek coklat yang mudah ini
Let's try baking

SLICE CHOCOLATE CAKE

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik
**Semua bahan ini di ayak bersama.

1 cawan gula kastor
3 biji telur gred A
1 cawan susu cair
1 cawan minyak/butter cair
1 cawan air panas
1 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya

  • Pukul telur dan gula hingga kembang.
  • Tambahkan esen vanila.
  • Masukkan susu dan minyak/butter cair.Kacau sebati
  • Kaup-balikkan bahan tepung yang telah di ayak tadi ke dalam adunan kek.
  • Akhir sekali,masukkan air panas dan kacau sebati.
  • Bakar selama 45 minit dengan suhu 160'c bergantung pada jenis oven masing-masing.
  • Adunan kek ini juga boleh di kukus.
Untuk topping
1/2 cawan serbuk koko
4 sudu besar susu pekat manis/ikut kemanisan sendiri
2 sudu besar mentega
1/4 cawan air

Masak semua bahan di atas api sederhana sambil di kacau sebati.
Jika pekat sangat boleh di tambah sedikit air
Bila kek sejuk,curahkan topping di atasnya dan tabur hiasan jika suka.
Potong kepada kepingan

Jika ingin guna Buttercream coklat
1/2 cawan butter
1/2 cawan krimwell
1/3 cawan gula aising
1 sudu kecil coklat emulco.

Putar kesemuanya hingga gebu
Sedia untuk di sapu pada kek.

2 ulasan:

  1. Selamat hari raya buat Suzana dan family. Mohon maaf zahir dan batin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya juga buat Amie sekeluarga. Raya tahun ni sedehana sahaja hanya bersama keluarga sendiri. Maaf zahir dan batin dari saya.

      Padam