18 Ramadan
Selamat berbuka puasa.
Ramadan yang terindah, yang sentiasa membuat saya rindu akan kehadirannya setiap tahun.
Alhamdulillah dikurniakan kesihatan sebaiknya.
Lauk berbuka ni...bila dah namanya Udang,masak apapun sedap.
Resepinya mudah sahaja dan bahan-bahan pun semua ada di dapur.
Let's try masak.
UDANG MASAK DIRAJA
1/2 kg.Udang saiz sederhana
Bahan kisar
4 biji bawang merah besar
4 ulas bawang putih
4 tangkai cili kering
2 inci lengkuas
1 inci halia
Bahan lain
2 batang serai-di ketuk
1 keping asam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu kecil gula perang
1 cawan santan pekat
garam secukup rasa
Cara membuatnya
- Basuh Udang bersih dan toskan.
- Tumis bahan kisar sampai naik baunya.
- Masukkan serai ketuk.
- Masukkan Udang dan gaul rata.
- Masukkan Santan pekat,Serbuk kunyit,Gula perang,Asam keping dan garam secukup rasa.
- Biarkan Udang masak,sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.
salam ramadan
BalasPadammenu menyelerakan
Wasslam..kan.Bulan puasa ni semuanya terliur..hihihi.
Padam