Khamis, 14 Januari 2021

BISKUT DAHLIA


 Assalam buat semua
Pos pertama di tahun 2021.
Biasanya saya menulis resepi melalui telefon,tidak tahu apa masalahnya tiba-tiba saja tidak boleh upload gambar dari telefon.
Bercinta la pula dok depan komputer ni.
Lama dah tinggal ruangan menulis di sini yang dah penuh dengan habuk dan sawang.
..dan hari ini cuti,saya bersihkan ruangan menulis dan kembali 'bertapa' di sini.

Hari ini saya kongsikan resepi Biskut Dahlia yang selalu di buat di rumah ini.
Gambar tidak berapa cantik pencahayaannya.
Biskut Dahlia ini berwarna kuning sebenarnya.
Ok,let's try baking

BISKUT DAHLIA

Bahan
250 gm.butter /marjerin
1/2 cawan susu pekat manis
2 sudu besar gula kastor
1 biji kuning telur
1 cawan tepung jagung
2 cawan tepung kastard
1/2 cawan susu tepung
1 1/2 cawan tepung gandum red ros

Cara membuatnya
  • Satukan butter,telur kuning,susu pekat dan kacau guna senduk.
  • Tambah tepung jagung dan kacau lagi
  • Kemudian tambah susu tepung dan tepung kastard dan kacau sebati.
  • Boleh uli pakai tangan sambil tambah tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga dapat doh yang sesuai untuk di gunakan.
  • Guna acuan samperit bentuk bunga.
  • Buat sampai habis dan hias di atasnya mengikut kesukaan.(saya guna coklat cip)
  • Bakar dalam suhu 150'c selama 30-35 minit bergantung kepada oven masing-masing.
  • Bila masak(permukaan bawah kelihatan garing)sejukkan dahulu sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan