Jumaat, 26 Februari 2021

MASAK LEMAK PERUT MUDA

Assalam buat semua.. 

Kun Fayaa Kun itu milik Allah selamanya. 
Hari ini seharian saya berada di Pulau Pinang menyelesaikan hal Azim. 
Bertolak dari Kota Bharu jam 0530 pagi dan pulang semula ke Kota Bharu jam 1730.
Melepasi 15 road block di masa PKP ini.
Sempat lagi update resepi di sepanjang perjalanan
Saya kongsi satu resepi Masak Lemak Perut muda.
Pertama kali di cuba. 
Perut muda di isi dengan telur.
Nampak macam Telur Ikan bila sudah masak.
Kuahnya saya buat cair sikit,tak begitu suka kuah santan yang terlalu pekat.
Sedap di makan bersama nasi putih. 
Hihi..gambar kurang kemas sikit,selalu saja nak cepat sampai lupa nak lap mangkuk.
Ada orang tu sampai dua kali tambah nasi.
Awak teringin?...cuba lah masak.  
Let's try masak. 

MASAK LEMAK PERUT MUDA

Bahan
1/2 kg. perut muda
250 gm. Santan pekat/secukupnya
2 biji cili padi
2 biji cili hijau 
1 batang timun-belah dua, potong serong
2 asam keping
Serbuk cukup rasa Maggi
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar
1 inci Kunyit hidup
6 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih
1 sudu besar Biji ketumbar
3 biji Buah keras
1/2 inci Lengkuas
2 biji cili padi

Bahan isian
6 biji telur gred A
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam
Sedikit garam

Cara membuatnya
Basuh perut muda hingga bersih dan ikat dengan benang kuat-kuat di hujungnya. 
Kacau telur dengan serbuk lada sulah, serbuk lada hitam dan sedikit garam.
Masukkan bancuhan telur ke dalam perut dengan menggunakan corong.
Ikat hujung satu lagi dengan kemas. 
Masukkan perut ke dalam periuk dan rebus dengan api sederhana hingga perut masak. 
Ketepikan. 

Untuk kuah
Kisar kesemua bahan lain. 
Masak bahan kisar dan tambah air rebusan perut.
Bila sudah mendidih, tambahkan perut dan air rebusan selebihnya.
Masak sebentar lagi sampai mendidih. 
Tambahkan santan, asam keping, garam, gula dan serbuk cukup rasa. 
Tambah timun dan lada hijau serta cili padi.
Masak sebentar lagi sambil di kacau sekali-sekala. 
Sesuaikan rasanya dan boleh lah di angkat. 

Selasa, 23 Februari 2021

KETIKA HARI HUJAN

Assalam buat semua 
Puisi Ghazali Sulong
TukangPuisiKatapilar

KETIKA HARI HUJAN

Walau sebesar mana matahari kau lukiskan di kanvas,
cahayanya cair di keluhmu.
Titis-titis air meratakan lazuardi
sehingga kehilangan warna.
Kecuali
Rindu hujan beradu di dagu
Malamnya, 
Hari kian melarut pekat ke dalam kelat kopi, 
semuanya senyap.
Kecuali 
Rindu yang merayap di sebalik awan gelap sehingga esok paginya kau bercerita:

Telah ku lukiskan bulan di mimpi hari
dengan tangga menembus awan,
Namun hari ini aku masih menunggu di beranda
Dan hujan tak pernah ingin berhenti.

Jumaat, 19 Februari 2021

PUDING KARAMEL

Assalam buat semua..
Dessert yang sangat di sukai oleh big boss. 
Saya usaha belajar membuatnya sampai jadi. 
Alhamdulillah boleh lah buat untuk makan sendiri.
Kena buat siap-siap letak dalam peti sejuk.
Malam-malam big boss suka buka peti sejuk.
Kebiasaannya saya buat dalam loyang besar tapi kali ini saya guna bekas kecil-kecil.
Lagi mudah nak makan 
Awak terliur tak?  
Let's try buat. 

PUDING KARAMEL

Bahan
5 biji telur(saya guna gred double A)
1 tin susu cair
150 ml. air
1 sudu teh esen vsnila
2 sudu besar gula
Sedikit garam
1 sudu teh instant kastard

Untuk. Karamel
6 sudu besar gula pasir
3 sudu hesar air panas

*Masak gula dengan api perlahan hingga  cair dan berwarna perang gelap. 
Masukkan air panas dan kacau rata. 
Masukkan ke dalam loyang tadi.

Panaskan periuk kukus. 
Masukkan telur ke dalam mangkuk dan kacau perlahan. 
Tambahkan susu cair, air, garam, gula dan instant kastard. 
Tapiskan adunan. 
Masukkan ke dalam bekas kecil/loyang
Kukus sampai masak. 
Sejukkan dahulu sebelum di keluarkan dari bekas/loyang. 
 

Khamis, 18 Februari 2021

PAD KRAPOW BEEF


 Assalam buat semua..
Sebelum PKP bermula tahun lepas,saya terjumpa hidangan Daging goreng pedas yang sedap ini di sebuah kedai makan di Kota Bharu.
Ejaannya ada yang Pad Kra Pao,Phat Kaphrao dan juga Pad Krapow tetapi ia memberi maksud yang sama iaitu Selasih goreng.
Phad Kra Pao Gai atau Daging cincang pedas adalah hidangan istimewa masyarakat Selatan Thai.
Begitu juga saya,tak oder yang lain dah,kalau masuk kedai makan yang ada menu ini.
Sedap di makan dengan Nasi panas,Telur mata dan nak lebih sedap tambah Sambal belacan.
Hidangan ini juga boleh guna Ayam cincang.
Let's try buat

PAD KRAPOW BEEF

Bahan-bahna
500 gm. daging cincang
3 tangkai cili padi-potong halus
5-10 helai Daun Selasih Thai/Basil Thai
20 gm bawang putih-tumbuk
1 sudu teh sos tiram
1 sudu besar sos ikan
2 sudu teh gula
1 sudu besar serbuk pati ayam

Cara membuatnya
  • Panaskan kuali dengan satu sudu minyak masak.
  • Masukkan daging cincang dan kacau hingga masak selama 2-3 minit.
  • Tumiskan bawang putih tumbuk, cili padi sehingga naik baunya.
  • Masukkan sos tiram dan sos ikan serta di kacau rata
  • Daging Pad Kra Pow di hidang bersama nasi puth dan telur mata.

Selasa, 9 Februari 2021

KEK COKLAT MOIST

Assalam buat semua.
Lama tak update di sini
Tiba-tiba hidup saya bertukar jadual hariannya dalam bulan Disember lepas.
Menerima banyak tempahan biskut homemade setiap minggu dari penjual di musim PKP ini.
Jadi setiap hari saya mengadap oven baking biskut.
Baking yang menjadi kesukaan saya membuatkan badan tidak berasa penat.
Stress kerja pun hilang.
Lagipun Azim dan Amzar tiada di rumah..sunyi sungguh.
Terpisah jarak masa PKP lagi...dengan awak lagi.
Isi masa di dapur saja la.
Guna resepi yang sama sebelum ini.
Let's try baking.

KEK COKLAT MOIST

Bahan A
90 gm.serbuk koko
200 gm.gula kastor
200 gm.minyak masak/minyak jagung/minyak sayur
250 gm.susu pekat(sayal etak 200ngm.)
1 tin susu cair

Bahan B
4 biji telur gred A
esen vanila
*di campur dan di pukul sampai kembang

Bahan C
150 gm.tepung gandum/tepung superfine
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda

Cara membuatnya
  • Masukkan kesemua bahan A ke dalam periuk dan masak di atas api kecil sambil di kacau sampai adunan sedikit suam.
  • Masukkan adunan ke dalam bahan B dan kacau rata.
  • Masukkan pula bahan C dan kacau hingga sebati.
  • Masukkan ke dalam loyang 9 inci,kalau nak kek tebal sedikit guna loyang 8 inci.
  • Panaskan oven selama 10 minit.
  • Bakar dalam oven pada suhu 150'c selama 1 jam (oven saya)sehingga masak.
  • Bila sudah masak,sejukkan dahulu sebelum di curah topping coklat.
Coklat Ganache
200 gm dark compound
100 ml.susu full cream/susu cair/whipping cream
1 sudu besar mentega/marjerin

Cara membuatnya
  • Cairkan coklat guna kaedah double boiler.
  • Masukkan susu full cream dan kacau rata.
  • Tambahkan mentega dan sedia untuk di curah di atas kek.
  • Hias lah kek ikut kesukaan sendiri.