Assalam buat semua..
Sebelum PKP bermula tahun lepas,saya terjumpa hidangan Daging goreng pedas yang sedap ini di sebuah kedai makan di Kota Bharu.
Ejaannya ada yang Pad Kra Pao,Phat Kaphrao dan juga Pad Krapow tetapi ia memberi maksud yang sama iaitu Selasih goreng.
Phad Kra Pao Gai atau Daging cincang pedas adalah hidangan istimewa masyarakat Selatan Thai.
Begitu juga saya,tak oder yang lain dah,kalau masuk kedai makan yang ada menu ini.
Sedap di makan dengan Nasi panas,Telur mata dan nak lebih sedap tambah Sambal belacan.
Hidangan ini juga boleh guna Ayam cincang.
Let's try buat
PAD KRAPOW BEEF
Bahan-bahna
500 gm. daging cincang
3 tangkai cili padi-potong halus
5-10 helai Daun Selasih Thai/Basil Thai
20 gm bawang putih-tumbuk
1 sudu teh sos tiram
1 sudu besar sos ikan
2 sudu teh gula
1 sudu besar serbuk pati ayam
Cara membuatnya
- Panaskan kuali dengan satu sudu minyak masak.
- Masukkan daging cincang dan kacau hingga masak selama 2-3 minit.
- Tumiskan bawang putih tumbuk, cili padi sehingga naik baunya.
- Masukkan sos tiram dan sos ikan serta di kacau rata
- Daging Pad Kra Pow di hidang bersama nasi puth dan telur mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan