Jumaat, 26 Februari 2021

MASAK LEMAK PERUT MUDA

Assalam buat semua.. 

Kun Fayaa Kun itu milik Allah selamanya. 
Hari ini seharian saya berada di Pulau Pinang menyelesaikan hal Azim. 
Bertolak dari Kota Bharu jam 0530 pagi dan pulang semula ke Kota Bharu jam 1730.
Melepasi 15 road block di masa PKP ini.
Sempat lagi update resepi di sepanjang perjalanan
Saya kongsi satu resepi Masak Lemak Perut muda.
Pertama kali di cuba. 
Perut muda di isi dengan telur.
Nampak macam Telur Ikan bila sudah masak.
Kuahnya saya buat cair sikit,tak begitu suka kuah santan yang terlalu pekat.
Sedap di makan bersama nasi putih. 
Hihi..gambar kurang kemas sikit,selalu saja nak cepat sampai lupa nak lap mangkuk.
Ada orang tu sampai dua kali tambah nasi.
Awak teringin?...cuba lah masak.  
Let's try masak. 

MASAK LEMAK PERUT MUDA

Bahan
1/2 kg. perut muda
250 gm. Santan pekat/secukupnya
2 biji cili padi
2 biji cili hijau 
1 batang timun-belah dua, potong serong
2 asam keping
Serbuk cukup rasa Maggi
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar
1 inci Kunyit hidup
6 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih
1 sudu besar Biji ketumbar
3 biji Buah keras
1/2 inci Lengkuas
2 biji cili padi

Bahan isian
6 biji telur gred A
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam
Sedikit garam

Cara membuatnya
Basuh perut muda hingga bersih dan ikat dengan benang kuat-kuat di hujungnya. 
Kacau telur dengan serbuk lada sulah, serbuk lada hitam dan sedikit garam.
Masukkan bancuhan telur ke dalam perut dengan menggunakan corong.
Ikat hujung satu lagi dengan kemas. 
Masukkan perut ke dalam periuk dan rebus dengan api sederhana hingga perut masak. 
Ketepikan. 

Untuk kuah
Kisar kesemua bahan lain. 
Masak bahan kisar dan tambah air rebusan perut.
Bila sudah mendidih, tambahkan perut dan air rebusan selebihnya.
Masak sebentar lagi sampai mendidih. 
Tambahkan santan, asam keping, garam, gula dan serbuk cukup rasa. 
Tambah timun dan lada hijau serta cili padi.
Masak sebentar lagi sambil di kacau sekali-sekala. 
Sesuaikan rasanya dan boleh lah di angkat. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan