Hari ini 28 Rejab,hari Jumaat yang mulia,penuh dengan ketenangan.
Cuaca di Kota Bharu sekarang amat panas sekali,tiada awan pun awan tebal.
Saya buat Agar-agar santan ini untuk di letak dalam peti sejuk.
Musim-musim panas ni sedap di makan ketika cuaca panas.
Tiada berita yang menarik sangat di Kota Bharu buat masa ini.
PKPB masih di teruskan lagi dengan kebenaran rentas daerah sahaja.
Saya pun dah selesai ambil Vaksin Pfizer-BionTech dose pertama pada 5/3/2021.
Kerana Allah Taala...
Let's try buat
AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA
Bahan
Agar-agar tali(35 gm)
2 cawan santan pekat
2 biji telur
2 keping gula melaka
1/2 sudu teh garam halus
1000 ml air
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna coklat
gula pasir secukup rasa
2 helai daun pandan
Cara membuatnya
- Masak agar-agar dengan air dan daun pandan sehingga larut.
- Masukkan gula melaka,garam,pewarna coklat dan gula(ikut manis sendiri).
- Kacau sebati santan dan telur.
- Masukkan perlahan-lahan sambil di kacau adunan agar-agar.
- Biarkan ia mendidih sekali lagi sambil di kacau perlahan.
- Masukkan ke dalam bekas sesuai,tunggu sejuk dahulu,baru di masukkan ke dalam peti sejuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan