Ahad, 21 Mac 2021

 Assalam buat semua.. 

SAJAK HUJUNG DISEMBER
oleh Rosli K Matari
Puisikatapilar

Tinggal padaku
mawar basah, titik hujan
senja dan deru angin

Pada cemara
bagai kudengar lagi
bila, entah rubaiyat

Seakan-akan lirik 
yang masih tinggal
berulang-ulang kudengar

apakah yang harus 
kudendang,wahai sepi
bayang dan mimpi? 

ah, kau kekasih yang pergi
tidak pernah selesai
kukenang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan