Selasa, 10 Januari 2023

MAKARONI GORENG


 Assalam buat semua..

Hari ini saya kongsi satu lagi resepi makaroni kesukaan anak-anak.
Resepinya ringkas sahaja,ikut versi sendiri,sesedap dan secukup rasa.
Saya buat untuk hidangan makan malam,cukup lah untuk hari ini,tidak perlu makan nasi dah.
Let's try buat


MAKARONI GORENG

Bahan
1 paket makaroni 250 gm.
isi ayam-cincang
2 sudu besar cili kisar
bawang besar-dadu kecil
bawang putih-cincang
sayur kubis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
1 kiub pati ayam
serbuk cukup rasa Maggie
garam 


Untuk hiasan
bawang goreng
hirisan daun sup
cili hijau

Cara membuatnya
  • Rebus makaroni sehingga lembut. Angkat,toskan air. 
  • Dalam kuali,panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu.
  • Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili masak.
  • Masukkan ayam cincang dan kacau sehingga ayam sedikit kering airnya.
  • Masukkan sos tiram,sos cili,kicap manis,pati ayam dan serbuk cukup rasa,garam dan gaul rata.
  • Masukkan makaroni yang di rebus ke dalam kuali dan gaul rata.
  • Masukan sayur dan biarkan sebentar. Jangan terlalu lama kerana sayur akan jadi lembik.
  • Bila semua rasa sudah sebati ,masukkan ke dalam bekas,taburkan bawang goreng dan cili potong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan