Assalam buat semua..
Hari ini,Ramadan ke-6
Saya hanya masak pada waktu sahur sahaja.
Makan berhidang dengan nasi putih dan lauk yang ringkas.
Waktu berbuka biasanya beli nasi bungkus sahaja.
Kuih atau pemanis mulut sejenis sahaja,dibuat dan kadang-kadang dibeli
Kali ini saya kongsi resepi Puding Jagung yang cukup mudah untuk membuatnya.
Let's try masak.
PUDING KASTARD JAGUNG
Bahan
1 tin corn cream
1 tin corn kennel
1 tin susu cair
6 cawan air
1 cawan santan
300 gm.tepung Bird's kastard
gula dan garam-secukup rasa
daun pandan.
Cara membuatnya
- Campurkan kesemua bahan didalam periuk.
- Letak atas api sederhana sambil terus di kacau.
- Bila hampir pekat,nampak sedikit berkilat,keluarkan daun pandan tadi.
- Bila mendidih-ada letusan kecil,bolehlah di angkat.
- Sejukkan dalam bekas sesuai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan