Rabu, 9 Mac 2022

SAMBAL TUMIS TELUR

Assalam buat semua..
Sambal Tumis Telur ini saya buat untuk di makan dengan Nasi Lemak.
Saya gunakan telur gred C supaya senang untuk di ambil sebiji-sebiji.
Nak guna Telur puyuh boleh juga
Let'try masak

SAMBAL TUMIS TELUR

Bahan
10 biji telur ayam gred C-di rebus
Cili kering kisar

Bahan kisar
6 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1/2 inci belacan

1 biji bawang Bombay-potong bulat
Sos cili
Sos tiram
Sos plum
Air asam jawa
Gula dan garam
Serbuk cukup rasa Maggi
1 sudu besar jus limau nipis

Cara membuatnya
1.Panaskan minyak secukupnya dan masukkan bahan kisar .
2.Bila naik bau,masukkan cili kisar.
3.Tumis dengan api sederhana sambil di kacau sekali-sekala hingga cili masak.
4.Masukkan 1/2 sudu air asam jawa,serbuk cukup rasa,gula melaka
5.Kacau rata dan biarkan seketika.
6.Masukkan Sos cili,Sos tiram,Sos plum dan jus limau nipis.
7.Sesuaikan rasanya,tambah garam jika perlu.
8.Akhir sekali,masukkan telur rebus,biarkan seketika supaya telur sebati dengan kuah tumisan.
9.Tambahkan potongan bawang Bombay.
10.Boleh lah di hidangkan bersama nasi.

Selasa, 1 Mac 2022

KEK KAROT

Assalam buat semua.
Kek Karot ini mengikut resepi dari blog.Azie Kitchen.
A keeper resipi untuk saya.
Sangat sedap dan moist kek ini serta menepati citarasa sendiri.
Kek yang di buatcsendiri ni ada sentimental value dia sendiri
Walaupun tidak sehebat kek jenama  branded.
Mudah sahaja cara membuatnya dan ringkas.
Let's try buat

KEK KAROT

Bahan
1 1/4 cawan minyak jagung
4 biji telur
120 gm.gula kastor
120 gm.gula perang
250 gm.tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
1 cawan walnut-panggang seketika dan cincang kasar
2 cawan karot-parut kasar
1 cawan kismis

Cara membuatnya
1.Putar telur dan gula hingga kembang.
2.Masukkan minyak dan putar lagi.
3.Ayak dan satukan tepung gandum,baking soda,serbuk kayu manis,
dan garam.
4.Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan sambil terus di putar.
5.Masukkan karot,walnut dan kismis.Kacau rata dengan spatula sahaja.
6. Tuangkan ke dalam acuan yang telah di lapik baking paper.
7.Bakar selama 45 minit dengan suhu 170'c bergantung pada oven masing-masing. 
8. Bila sejuk,sapukan cream cheese dan hias mengikut kreativiti masing-masing.




 

Ahad, 20 Februari 2022

SPAGHETTI BOLOGNESE


Assalam buat semua..
Sekali-sekala saya masak Spaghetti untuk anak-anak.
Selalu ada permintaan untuk Spaghetti Aglio Olio.
Tapi kali ini saya tukar menu pula
Mujur ia juga menjadi kesukaan walaupun di masak ikut versi saya.
Yang penting ia sedap dan memenuhi citarasa kita.
Let's try buat.

SPAGHETTI BOLOGNESE

Bahan
1 paket Spaghetti
Sedikit minyak

Bahan untuk Sos Bolognise
250 gm.daging kisar
6 biji bebola sotong/daging
1 tin Sos Prego Bolognese tradisional
2 biji bawang Holland-potong kiub
5 ulas bawang putih-cincang
1 biji karot--potong dadu
1 biji tomato-potong dadu
1 tin cendawan butang-hiris nipis
3 sudu besar sos tomato
1 kiub pati daging
Sedikit air rebusan pasta
Italian herbs
Serbuk lada hitam

Cara sediakan pasta
1.Panaskan air sampai mendidih,masukkan garam,rebus Spaghetti.
2.Kacau Spaghetti supaya tidak melekat.
3.Rebus sampai pasta lembut tapi tak terlebih kembang,tapis dan gaulkan dengan minyak. Ketepikan.

Cara buat Sos Bolognese
1.Panaskan sedikit minyak zaitun,tumiskan bawang holland dan masukkan bawang putih.
2.Masukkan daging kisar dan bebola sotong/daging dan kacau.
3.Masukkan cendawan dan karot.
4.Masukkan sedikit serbuk black pepper dan kiub pati daging.
5.Tambahkan tomato dan kacau rata.
6 .Masukkan Sos bolognese ,sos tomato dan air rebusan pasta secukupnya.
7.Tambah garam,italian herbs secukupnya dan sesuaikan rasanya.
 8.Kalau rasa masam boleh tambah sedikit gula.
9.Hidangkan bersama spaghetti.

Sabtu, 15 Januari 2022

WANTAN GORENG

 Assalam buat semua.
Saya cuba buat Wantan goreng,sedap di cicah bersama sos.
Resepinya dari K Wan@Citarasawan.
Sesuai di makan sebagai makanan kudapan. 
Let's try buat.

1 paket kulit wantan

Bahan isian
150 gm.isi ayam cincang
100 gm.isi udang cincang
3 keping cendawan hitam-hiris nipis
2 sudu besar karot cincang
2 sudu besar daun bawabg hiris
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu kecil kicap cair
1/4 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil tepung jagung.

Cara membuatnya
  • Satukan kesemua bahan isian dan gaul rata,Perap sebentar selama 15 minit .
  • Letak 1 sudu kecil isian di tengah kulit wantan.Sapu air di sekeliling tepinya.
  • Lekatkan dan bentukan mengikut suka.
  • Goreng dalam minyak sederhana panas hingga perang.
  • Toskan minyak dan sedia untuk di hidangkan.

Khamis, 30 Disember 2021

JEJARI ROTI COKLAT

Assalam buat semua
Kudapan yang di buat dari roti putih
Sedap di makan begitu saja
Tahan beberapa hari jika di sinpan di dalam bekas kedap udara dan di letakkan di dalam peti ais
Let's try buat 

JEJARI ROTI COKLAT

Bahan
1 bungkus roti sandwich

Bahan salutan
Coklat masakan
Mentega
Nestum

Cara membuatnya
1.Roti di potong jejari
2.Susun di dalam loyang dan bakar hin-gga garing di kedua belah.
3.Sejukkan sebentar.
4.Cairkan coklat masakan dan mentega secara double boiler.
5.Celupkan roti tadi dan golekkan ke dalam nestum.
6.Susun di atas loyang dan masukkan sebentar ke dalam peti sejuk.
7.Buat sehingga habis.

Rabu, 8 Disember 2021

KEK SPAN VANILA

Assalam buat semua..
Saya suka buat kek seperti ini
Sentiasa ada rasa ingin belajar dan mantapkan skil buat bunga dan susun di atas kek
Tapi itu lah,masa sentiasa tidak mencukupi untuk lama-lama berada di dapur.
Kena tunggu cuti panjang.
Ni pun saja-saja cuba buat untuk anak-anak makan
Kredit to Azlita Masam manis
Let's try buat

KEK SPAN VANILA

Bahan
4 biji telur gred A
180 gm.gula halus(saya kurangkan)
170 gm.tepung Superfine
70 gm.air
15 gm.ovalette
50 gm.minyak jagung
1 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya
1.Ayak tepung Superfine dan Baking powder
Lebih elok jika di ayak 3 kali.
2.Satukan kesemua bahan kecuali minyak jagung ke dalam mesin pemutar kek.
3.Mula-mula putar dengan kelajuan perlahan kemudian bila semua bahan bergaul rata tambah dengan kelajuan tinggi.
4.Putar hingga ringan dan gebu.Tutup pemutar kek.
5.Tuangkan minyak jagung dan gaul rata adunan guna spatula.
6.Panaskan oven selama 15 minit.
7.Alas loyang bulat saiz 8" dan sapu mentega.
9.Tuang adunan dan ratakan.
10.Bakar dalam oven dengan suhu 170'c
 selama 30-35 minit bergantung pada oven masing-masing.
11.Bila sudah masak,sisipkan tepi kek dan keluarkan dari loyang.
12.Sejukkan dahulu sebelum di hias ikut citarasa sendiri.

*Saya hias kek ini dengan krim putar dan mango filing.

Khamis, 18 November 2021

KEK BATIK


 Assalam buat semua..
Dulu-dulu saya ingat kalau nak buat kek batik ni remeh dan susah.
Bila ketiga-tiga anak saya suka makan Kek batik,saya mula belajar membuatnya.
Tak susah seperti yang saya fikirkan sebelum ini.
Tidak perlu di bakar pun dan penuh dengan rasa coklat.
Sekarang ni dah macam-macam kek batik versi premium mula di buat.
Ok,nanti kita cuba kesemuanya.
Untuk hari ini saya buat Kek batik versi simple sahaja
Let's try buat.

KEK BATIK

Bahan
600 gm biskut marie
200 gm butter
1 cawan milo
1 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan air masak
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1/4 sudu teh garam

Cara membuatnya
  • Cairkan butter dengan api perlahan,masukkan susu pekat manis dan gaul rata.
  • Masukkan milo dan serbuk koko,garam,esen vanila dan  kacau rata.
  • Kacaukan telur,masukkan ke dalan adunan dan tambah air.
  • Biarkan seketika sambil di kacau semua biar bahan-bahan sebati.
  • Tutup api dan masukkan biskut marie yang telah di patah-patahkan.
  • Gaul biar rata.
  • Ambil bekas sesuai dan masukkan sedikit-sedikit sambil di tekan hingga padat.
  • Akhir sekali,ratakan aduan biskut dan tekan lagi supaya permukaan rata.
  • Jika ada adunan cair yamg lebih,boleh di ratakan di atasnya.
  • Sejukkan di dalam peti sejuk hingga keras. 




Rabu, 20 Oktober 2021

BUN INTI EPAL

Assalam buat semua
Bun kecil gebu ni boleh di olah buat macam-macam makanan kudapan.
Salah satunya di letak inti di atasnya. Intinya boleh di pelbagaikan ikut pilihan sendiri. 
Saya ada banyak epal dalam peti sejuk. 
Daripada di biarkan begitu saja, lebih baik di buat sesuatu.
Let's try buat. 

BUN INTI EPAL 
Bahan
10 biji bun kecil

2 biji epal merah
1 sudu besar instant custard
1/3 cawan cranberi atau kismis atau mixed fruits
1 sudu besar gula perang
1 sudu besar mentega

125 gm. Cream cheese
1 sudu besar susu pekat manis

Cara membuatnya
1.Potong bahagian atas bun suoaya jadi rata
2.Gaulkan cream cheese dan susu pekat manis. 
3.Paipkan di atas bun tadi. 

Cara buat inti epal 
1.Potong dadu kecil epal.
2.Cairkan mentega dan masukkan epal. 
3.Tambah gula perang dan cranberi
4.Akhir sekali masukkan instant custard dan gaul rata. 
5.Ambil sesudu besar inti epal, letak di atas bun tadi. 
6.Bakar dalam oven pada suhu 140'c selama 15 minit. 
7.Sejukkan sebelum di hidang. 

Ahad, 17 Oktober 2021

LOADED POTATO

Assalam buat semua..
Saya buat Loaded Potato ni ala-ala KFC. 
Bekas tu re-use yang KFC punya nak bagi efek KFC 😊
Bila dah buat sendiri ada la tokok tambah sesedap rasa. 
Puashati makan... Ayam pop cornnya saya letak lebih. 
Let's try buat. 

LOADED POTATO
 
Bahan
Potato Russet-potong dan rebus
Mentega
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam

Isi dada ayam-potong kiub
Tepung bestari
1 tin sweet corn-toskan airnya
Sos cheese

Cara membuatnya
1.Lenyek kentang rebus bersama mentega
2.Tambah serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam. 
3.Sesuaikan rasanya.
4.Tambahkan sweet corn dan gaul rata. 
5.Masukkan ke dalam bekas pilihan. 

Ayam PopCorn
6.Bancuh 2 sudu besar tepung Bestari dengan air.
7.Masukkan isi ayam. Rendam sekejap. 
8.Sementara itu, panaskan minyak. 
9 Toskan isi ayam dan masukkan ke dalam bekas bertutup. 
10.Taburkan tepung Bestari secukupnya dan kocok dalam bekas bertutup supaya bergaul rata. 
11.Goreng hingga masak.Toskan.

Cara hidang
12.Masukkan Ayam popcorn ke dalam bekas Potato. 
13.Taburkan Sweet corn selebihnya. 
14.Paipkan Sos cheese di atasnya. 
15.Sedia untuk di makan. 

Sabtu, 16 Oktober 2021

HATI AYAM GORENG KICAP

Assalam buat semua.
Menu ini saya masak buat makan tengahari.
Sedap di makan bersama nasi putih.
Anak-anak tak suka makan hati ayam,sudahnya terkumpul begitu saja di dalam peti ais. 
Let's try masak. 

HATI AYAM GORENG KICAP 
Bahan
6 ketul hati ayam -potong dua
serbuk kunyit
Sedikit garam

1/2 labu bawang bombay-potong nipis
5 ulas bawang putih -cincang
1 biji lada hijau-potong serong
Beberapa biji tomato ceri
daun bawang-potong 1 inci
4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar serbuk jintan manis
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos lada hitam
Serbuk cukup rasa maggi

Cara membuatnya
1.Hati ayam di gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
2,Goreng separa masak.
3.Madukkan sedikit lebihan minyak ke dalam kuali.
3 Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. 
4.Masukkan serbuh jintan manis
 dan masak seketika. 
5.Masukkan kesemua sos.
6.Masukkan hati ayam dan gaul rata. 
7.Masak seketika dan perasakan dengan serbuk cukup rasa. 
8.Tambahkan daun bawang,cili hijau dan tomato ceri. 
9.Bolehlah di angkat.