Hari jumaat lepas gi TESCO...ternampaklah pulak si sotong ni.En.Zam siap pilih yang ada telur lagi,katanya nak buat ketupat sotong. Macam mana ni,sotong ada telur nak sumbat lagi,nanti kang meletup karang tak pasal-pasal muka saya hangusss.Dia cakap sumbat pulut tu sikit aje.Balik rumah projek masak- masak pun bermula,taraa..dah siap!.Sungguh sedap sekali makan ketupat sotong yang diatasnya ada pulut tapi di bawahnya ada telur.Bahannya mudah saja iaitu sotong,beras pulut,gula melaka,santan dan gula.
KETUPAT SOTONG
Sumber:daridapursuzana
Bahan-bahan
- 10 ekor sotong segar-sederhana besar-bersihkan
- Beras pulut-anggaran. Basuh & toskan.
- gula melaka -ikut suka masing-masing
- santan dari satu biji kelapa
- Gula-ikut manis sendiri
- Sedikit garam
- Daun pandan 2-3 helai
- lidi secukupnya-utk.lekatkan kepala sotong
Cara membuatnya
- Bersihkan sotong.Campurkan santan dan beras pulut. Kemudian masukkan beras pulut yang telah ke dalam sotong .
- Kepala sotong disematkan ke badannya dengan lidi agar pulut tidak terkeluar.
- Susunkan sotong ke dalam periuk dan masukkan santan selebihnya dan daun pandan.
- Bila pulut masak,tambahkan gula melaka,gula dan garam.Biarkan masak seterusnya dengan api yang perlahan dan kuah kelihatan sedikit pekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan