Sabtu, 9 Julai 2011

BUNGA LILI DAN IKAN.

 Dok tercari-cari apa yang berbau wangi di tepi rumah sebaik saja  turun dari kereta lepas pulang kerja.Wah !!! bunga Liliku kembang lagi.Bunganya kembang setiap 6 bulan sekali ia berbunga .Kali terakhir ia berbunga ialah pada bulan Januari lepas. Bunganya sangat cantik dan berbau sungguh wangi sekali.Bunganya bewarna merah jambu.Alangkah cantiknya!.
Bunganya adalah dari spesis pokok bebawang dan berdaun panjang warna kehijauan .Ia boleh hidup di tempat panas dan siram 2 hari sekali(disebabbkan  tak sempat untuk menjirusnya  setiap hari).








Ini pula ikan-ikan peliharaan yang tumpang sekaki masuk kat blog ni.Tak pasal-pasal ikan jadi objek atau model fotografiku.Saya suka mengambil gambar di sekeliling.Kamera tu sentiasa ada kat tangan ni.
Kat dalam kolam ni ada ikan Tilapia dan ikan Patin dan ikan lain yang saya tak berkenalan lagi.Dah 5 tahun mereka di jamu dengan pallets.Kalau nak goreng pun dah tak sampai hati.Bukan apa,takut jadi bawang putih dan bawang merah .lastly takut keracunan he..he.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan