Sabtu, 9 Julai 2011

KUAH KACANG

Hari tu buat kuah kacang resipi yang Kak Wan Mijon beri.Mudah sahaja sebenarnya membuat kuah kacang ni .Ni la kali pertama saya cuba membuatnya.Rasanya boleh tahan juga.Seronoknya sebab lepas ni tak payah tempah lagi untuk sambut raya dan buat makan-makan kat rumah.

KUAH KACANG
Sumber:Kak Wan Hamizon

Bahan-bahan
  • 250 gm kacang tanah-digoreng tanpa minyak dan di tumbuk halus.
  • 1 biji kelapa-di ambil santan.
  • 10 biji lada kering-di potong dan digoreng sekejap dan kisar.
  • 2 ulas bawang putih*
  • 20 ulas bawang merah*
  • 3 keping lengkuas*
  • 1/4 inci halia.semua yang bertanda *di kisar.
  • 10 batang serai (4 batang di ketuk ,selebihnya dikisar)
  • 1 senduk kecil kicap
  • gula dan garam
  • 5 keping gula melaka.
  • 1/2 keping asam gelugur
cara membuatnya
  • Tumis semua bahan kisar sehingga naik baunya.
  • Masukkan 1/2 santan,gula melaka,kicap ke dalam kacang tumbuk.
  • Masukkan  campuran kacang ke dalam bahan tumis sehingga  naik minyak sekali lagi.
  • Masukkan santan selebihnya,gula garam secukup rasa.Biarkan hingga mendidih dan pekat.*Kuah kacang ini sedap di makan dengan nasi impit dan sate ayam goreng atau sate biasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan