style="text-align: center"

Jumaat, 29 Julai 2011

CARA MEMBUAT ROTI

 DARIPADA WIKIBOOKS.
Cara:
  • Melarutkan yis
Ia bertujuan untuk mengaktifkan yis supaya ia bersedia untuk menjalankan proses penapaian terhadap adunan tepung.
Jika guna yis kering (mauripan),anda perlu larutkan  dalam air suam yang bercampur sedikit gula.Apabila sudah berbuih,ia boleh digunakan .Air  suam perlu diletakkan  jika anda  menggunakan  yis kering,kerana ia amat memerlukan air.
  • Mengadun doh
Cara yang betul dan terbaik adalah menggunakan mangkuk.Masukkan bahan kering seperti tepung,gula dan garam bersama- sama.Bahan cecair pula seperti larutan yis,susu air ,telur ,mentega diletakkan  di tengah-tengah bahan kering tadi(buatkahn lubang di tengah tepung,kacaukan sehingga sebati dengan senduk).
  • Menguli kali pertama
Adunan tadi perlu di uli untuk melembutkan doh dan yis bertindak balas.Jika anda menggunakan mesin,ia memerlukan masa sekurang-kurangnya 15 minit untuk menjadikan doh kenyal.Jika menguli dengan tangan ,hasil adalah  lebih baik walaupun  masa yang di perlukan adalah  tidak kurang dari 20 minit.
Apabila menguli  dengan tangan ,gunakan papan pencanai   dan bukannya mangkuk.Taburkan sedikit tepung pada papan .Lipat doh ke arah anda dan tolak doh ke depan  dengan tapak tangan .Pusingkan  doh dan ulang proses beberapa kali  dengan arah yang sama.Jangan guna arah berlainan kerana yis tidak tersebar rata di dalam doh.
  • Mengembangkan doh 
Doh perlu di kembangkan sebelum di bakar .Apabila  mengembangkan doh,biarkan ia dalam keadaan bulat.Doh harus  ditutup dengan plastik untuk elak doh jadi kering di bahagian luar.Jika doh kering ia tidak akan mengembang.
Doh yang baik akan mengembang 2 kali  ganda dari saiz  asal dan masa yang di ambil adalah 30- 90 minit.
  • Menguli semula dan membentuk
Doh tadi walaupun telah kembang  masih belum boleh di bakar  kerana ia belum menepati tekstur yang sesuai untuk di panggil roti.Letakkan doh pada papan pencanai  dan leperkan  dengan menekan dengan penumbuk anda.Jangan di tumbuk.Uli kembali selama 2 minit dan boleh di bentuk kepada bentuk yang anda suka.Inti boleh di masukkan sekarang.
  • Mengembang kali kedua
Dalam proses ini yis masih aktif dan masih boleh mengembangkan doh tadi.Proses masih sama seperti tadi.Kalau anda suka  sekaranglah masanya  untuk meletakkan  kismis,kacang ,gula perang dan bahan lain di atas doh.
  • Membakar
Cara yang betul adalah memanaskan dulu oven sehingga 240 celcius dan apabila suhu telah di capai,barulah masukkan doh tadi.Jika anda memasukkan doh dahulu sebelum memanaskan oven,doh tadi akan menjadi keras di sebelah luar(membentuk kulit ) dan apabila  doh hendak kembang ,kulit tadi akan menghalang.
Selepas 15 minit ,suhu ketuhar harus diturunkan kepada 190 celcius  dan bakar lagi  hingga masak .Roti yang masak akan berbunyi kosong bila di jentik.

GAMBAR:GOOGLE IMAGE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan