style="text-align: center"

Isnin, 11 Julai 2011

CATATAN HATI

Waktu -waktu yang sangat memeritkan  dan memedihkan ini seringkali melontarkan hati dan perasaan ini pergi jauh dari segala yang terbuku dan tersimpan di hati .Tapi  pada waktu-waktu berkawan dengan kesunyian itulah yang menghasilkan berbagai -bagai tulisan.

Sepi 
Pada setiap kali sepi menyapa....
aku catatkan harapan pada angin dan
dedaun
erti sebuah kerinduan yang tiada
garis penghujungnya.

Pada setiap kali sepi menyapa,
aku cari sebuah nama yang hilang
kerana nama itu adalah
kekuatanku....

..Aku masih mencari nama seseorang yang pernah bertapak di hati ini...yang pertama dan terakhir.

Sepi itu indah.
Sampai ke saat ini aku masih mencarinya.Adakah dia pun sama..
waktu tersentak diriku dari lamunan..
Kini sebenarnya aku telah kau tinggalkan..
senyum sahaja dengan kepahitan ini.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan