Isnin, 11 Julai 2011

TART APPLE CRUMBLE.

                                                                                 
Petang ni rasa bosan pulak,jom kita masuk my little kitchen buat Tart apple crumble.Dalam peti ais tu ada 6 biji epal yang dah berusia seminggu.Kenapalah budak-budak ni dan mak serta papa budak tak makan-makan epal fresh ni.Kalau buat sesuatu mesti habis ni.Selongkar fail resipi ,jumpa lah resipi Tart apple crumble dari Cik Hanamemories ni.Rujuk resipi untuk makan -makan ye.TQ!  . Gambar menunjukkan lapisan bawah epal yang siap-siap di letakkan dalam bekas tahan panas.Masuk oven tak meletup punya.                                                                            
Bahan-bahan
untuk crumble
  • 150 gm tepung gandum
  • 50gm gula
  • 110 butter sejuk dari peti ais
  • sedikit garam
  • nestum(saya tambah)
untuk inti
  • 3 biji epal-kupas dan potong dadu
  • 2 sudu makan gula perang
  • 1/2 sudu kecil serbuk cinnamon                          
  • kismis(saya tambah)
cara-cara
  • Satukan semua bahan crumble sehingga menjadi breadcrumb.Ketepikan
  • Dalam bekas lain ,satukan semua bahan inti dan gaul sebati.Masukkan kedalam bekas tahan panas yang telah disapu dengan sedikit butter.
  • Masukkan inti.Tutup inti dengan menaburkan crumble tadi.
  • Bakar  dengan suhu 180 degree hingga kekuningan.
*Kalau suka makan sejuk masukkan kedalam peti ais

Tiada ulasan:

Catat Ulasan