style="text-align: center"

Rabu, 24 Ogos 2011

LAWAR IKAN

As- Salam semua..
Siapa pernah makan Lawar Ikan .Saya rasa bukan semua orang boleh makan sebab ikannya tidak di masak,cuma diletak air perahan asam limau nipis untuk 'memasakkannya'.Kat seberang sana(Sarawak) ada juga resipi ni tapi di panggil Umai .Saya tak pasti   bahan apa yang digunakan tapi ia juga adalah ikan yang di makan mentah.Kat Jepun pun ada dipanggil Sushi,tapi dia orang guna Ikan Salmon.Kat Kelantan kita pakai Ikan Tamban je.Cara buatnya diajar oleh arwah ayah saya lama dulu.
 Bahan -bahan
  • 10 ekor ikan tamban
  • 5 ulas bawang merah -dihiris nipis
  • 5 biji cili padi
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 3 biji limau nipis-ambil airnya
  • garam,gula secukup rasa
  • daun serai kayu-dihiris nipis.
Cara membuatnya.
  • Cuci ikan bersih-bersih dan buangkan sisiknya.
  • Potong ikan ambil isinya sahaja.
  • Tumbuk bawang merah bersama lada hitam dan gula.
  • Gaulkan dengan isi ikan ,perahkan air limau nipis ,garam.Ketepikan sebentar.
  • Gaulkan dengan bahan -bahan yang telah dipotong tadi.  
  • Sesuaikan rasanya,bolehlah di hidangkan .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan