Rabu, 21 September 2011

Tip membuat kek keju.

Tip membuat kek keju-dari Chef Zamzani Abdul Wahab.

Kek keju terbahagi kepada dua jenis iaitu yang di bakar dan di sejukkan dalam peti ais sehingga 'set'dipanggil 'chilled cheese cake' dan selalunya dimasukkan serbuk gelatin bagi membantu proses itu.
a)Mengadun
  • Pastikan semua bahan seperti krim keju,krim ,gula dan telur yang digunakan berada pada suhu bilik,jika tidak adunan akan berketul dan tidak rata.
  • Jika krim yang digunakan terlalu dingin kemungkinan anda memukulnya terlalu lama dan hasilnya mengandungi gelembung-gelembung udara pada permukaan kek.
  • Keju krim seharusnya dipukul dahulu sehingga kembang sebelum dimasukkan bahan -bahan lain.
  • Jika adunan kek keju masih berketul,anda boleh menapisnya ataupun mengisarnya selama beberapa minit sehingga halus.
b)Tekstur kek keju
  • Kebanyakkan kek keju yang murah harganya agak keras apabila dibandingkan dengan kek keju yang tinggi harganya.Ini disebabkan kandungan tepung jagung yang mungkin agak tinggi.
  • Jadi ,kalau anda mahukan tekstur  yang licin dan mewah ,elakkan tepung jagung sepenuhnya.



c)Membakar
  • Pada dasarnya kek keju adalah adunan kastard yang diperbuat dari telur,krim ,gula dan bahan perisa yang dicampurkan tepung jagung untuk memberinya'body'@isinya
  • Seperti kuih-kuih lain seperti krim karamel,puding roti,creme brulee dan sebagainya yang dibuat berasaskan kastard,teknik membakar haruslah menggunakan  api yang perlahan /bersuhu rendah.
  • Adunan kek diletakkan  diatas dulang yang berisi air untuk mengelakkannya dari cepat hangus.
  • Suhu yang tinggi akan menyebabkannya masak tidak sekata dan mungkin berlubang didalamnya.
  • Gunakan acuan 'spring form' yang boleh dibuka dibahagian tepinya agar proses mengeluarkan kek menjadi mudah .Lebih elok melapik acuan dengan kertas minyak supaya tidak melekat.
  • Lazimnya pembakaran kek keju akan selesai setelah 1 1/2 jam dan apabila ditepinya sudah agak 'set' walaupun ditengahnya masih'wobby' jika dibandingkan dengan kek biasa.
  • Pada peringkat ini kepanasan yang masih bersisa akan terus memasak kek itu sehingga sempurna di tengahnya.
  • Untuk mendapatkan hasil yang baik,kek keju yang sudah masak haruslah dibiarkan didalam ketuhar yang dibuka pintunya (setelah dimatikan api).
Gambar:google image

Tiada ulasan:

Catat Ulasan