style="text-align: center"

Selasa, 11 Oktober 2011

MASAK LEMAK TIMUN


Masak lemak timun campur ikan rebus sungguh berselera bila di makan dengan nasi dan ikan kering goreng.Biasanya ikan rebus yang di masukkan ke dalam kuah sayur, saya tidak menumbuknya dengan halus,supaya apabila di makan masih ternampak ikannya.Dulu-dulu kalau arwah emak buat,dia tak bagi letak bawang putih,tapi sekarang saya masukkan juga.
Masak lemak putih ini juga boleh di campur lobak merah,terung,kacang panjang dan tauhu.
MASAK LEMAK TIMUN
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 2 batang timun
  • 1 kotak kecil santan
  • 1 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • garam/gula
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 2 ekor ikan rebus 
  • 2 biji lada hijau besar
Cara membuatnya
  • Basuh timun dan belah dua serta di potong menyerong.
  • Tumbuk bawang dengan lada hitam dan masukkan kedalam periuk.
  • Buang tulang ikan rebus dan tumbuk lalu di masukkan bersama bawang tadi.
  • Campurkan santan dengan air ikut kepekatan yang di ingini dan masak semuanya hingga santan hampir mendidih.
  • Masukkan timun dan lada hijau, tambahkan garam/gula secukup rasa.Kuah sayur perlu di kacau sekali-sekala.Bila sayur hampir masak,bolehlah di angkat.
  • Masak lemak tidak boleh di biarkan lama atas api kerana takut santan pecah minyak/over cooked dan masakan tidak sedap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan