style="text-align: center"

Isnin, 14 November 2011

BISKUT KACANG

Salam sayang!buat biskut bukan pada musim perayaan lebih laku berbanding dengan pada hari raya.Siap ambil pegang balang kuih lagi semasa menonton cerita kartun.Berbaloi juga penat membuatnya.Hilang semua keletihan bila tengok anak-anak makan.Resipinya saya tengok kat bluetiffin.blogspot.Terimakasih ye CMG.Biskut ini sungguh crunchy.Mari kita tengok resipinya.

BISKUT KACANG
Sumber:www.tiffinbiru.com/Dapur tanpa sempadan.thanks

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sdt.baking powder-disatukan dan di ayak
  • 1 1/2 cawan kacang tanah
  • 1/2 sdt.esen vanila
  • 1 cawan gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 1 cawan minyak jagung
  • kuning telur -utk.sapu
  • kacang tanah-utk.hiasan(letak hiasan warna)
Cara membuatnya
  • Goreng kacang tanah dengan sedikit minyak dan kisar halus (saya tumbuk)
  • Dalam satu bekas,satukan tepung gandum,kacang kisar,gula halus,esen vanila dan kuning telur.
  • Gaulkan hingga kesemuanya rata.
  • Tuang minyak jagung sedikit demi sedikit sambil di gaul adunan tadi hingga menjadi doh yang boleh di canai.  
  • Canai 1/2 cm.terap ikut acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar,sapu kuning telur dan hias dengan kacang tanah.
  • Bakar dalam oven pada suhu 150'c,selama 10-15 min.
  • Bila masak,biarkan biskut atas dulang sehingga suam,baru di alihkan ke atas jaringan .
  • Bila sejuk simpan dalam bekas kedap udara.
*** Saya tidak menerap biskut ini sebaliknya di buat bulat-bulat dan di tekan dengan garfu.
              

Tiada ulasan:

Catat Ulasan