Isnin, 14 November 2011

AIR KELAPA MUDA

Air kelapa muda yang sungguh menyegarkan bila di minum dalam cuaca yang panas.Tapikan sekarang ni musim hujan ,saya minum juga air kelapa muda sebab pokoknya ada kat belakang rumah .Buahnya sentiasa ada dan berbuah lebat.Air kelapa muda yang di buat sendiri tidaklah manis sangat seperti yang kita beli .

AIR KELAPA MUDA
Bahan-bahan
  • 1 biji kelapa muda-ambil airnya
  • isi kelapa muda-dikikis
Untuk sirap gula
  • gula pasir secukup rasa
  • air panas

Cara membuatnya
  • Sediakan air sirap gula.Masukkan gula ke dalam jag dan tuangkan air panas.Kacau sehingga gula larut.Sejukkan.
  • Sediakan buah -tebuk bahagian atas kelapa dan tuangkan airnya ke dalam jag lain.
  • Belah kelapa dan dan kikiskan isinya dengan sudu.
  • Masukkan isi kelapa ke dalam jag.
  • Bila sirap sejuk,masukkan ke dalam jag yang mengandungi isi kelapa tadi dan tambahkan air sejuk dan ais.
  • Sejukkan di dalam peti sejuk.Bolehlah di hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan