Isnin, 14 November 2011

KEK CAWAN

Kek cawan merupakan adunan kek yang di bakar di dalam acuan yang berbentuk cawan.Dengan menggunakan ketuhar dan pemukul kek anda boleh menyediakan kek cawan yang enak.
Bagi menyediakan kek cawan,anda memerlukan bekas acuan kertas yang keras.Sekiranya anda menggunakan kertas acuanyang lembut pastikan anda susun kertas cawan itu dalam bekas yang berlubang yang di perbuat daripada besi supaya bentuk kek cawan tidak senget apabila di bakar.
                                                        
Terdapat pelbagai jenis kek cawan yang boleh anda buat tetapi resipi yang biasa di gunakan  adalah adunan kek mentega.
Sekiranya anda sukakan kelainan pada kek cawan,anda boleh menambahkan perisa dan ramuan tambahan seperti buah-buahan kering,perisa strawberry atau perisa oren.Ini akan membuatkan tekstur dan rasa kek cawan anda berbeza.
Kebiasaannya kek cawan akan di hiaskan di atasnya dengan aising iaitu krim yag di sapu dan di hias di atas kek cawan  mengikut kreativiti masing-masing.

Aising ini di perbuat dari krimwell.Namun anda boleh menggunakan aising lain mengikut kesukaan anda.
Krimwell akan di pukul bersama gula aising dan sedikit mentega bagi memberikan rasa manis dan enak apabila anda  menyapukannya di atas kek cawan nanti.
Sebelum menggunakan aising,bahagikan krimwell yang di pukul dan letakkanlah pewarna mengikut kesukaan anda supaya kek cawan yang anda aisingkan itu lebih kelihatan menyelerakan dengan pelbagai warna dan corak.
Peralatan yang biasa di gunakan untuk kek cawan adalah nozzle dan beg paip.Dengan menggunakan peralatan ini anda boleh menghias atas kek daripada aising dengan pelbagai hiasan seperti bentuk bunga.

Jika tiada peralatan ini anda boleh membeli bahan-bahan hiasan yang sesuai seperti fondant,gula manik atau bunga -bunga tiruan yang boleh di makan.
Buatlah rujukan melalui buku,majalah atau laman sesawang untuk mendapatkan idea bagi mencantikkan  lagi hiasan kek cawan anda.Hasilnya nanti pasti akan kelihatan cantik.
Masa membakar kek cawan adalah lebih singkat daripada kek biasa iaitu sekitar 20-25 min. dan apabila siap di bakar anda perlu membiarkannya sejuk dahulu sebelum menyapu aising kerana suhu yang panas boleh mencairkan aising krimwell anda.Selamat mencuba!

Sumber:dari dapur Azli Razali
Gambar:Cik Google


Tiada ulasan:

Catat Ulasan