Jumaat, 16 Disember 2011

ANEKA MI

Mi merupakan sumber protein yang baik.Kalorinya rendah dan tinggi karbohidrat.Ia juga dikatakan sebagai diet seimbang.Terdapat beraneka mi dalam pasaran.Antaranya ialah mi kuning,mi telur,bihun,kuetiau dan laksa.
  • Mi kuning 
Di perbuat dari tepung gandum.Ia boleh di hasilkan sama ada dengan menggunakan telur atau sebaliknya.Sesuai dengan namanya ,ia berwarna kuning.Ada kalanya mi ini juga boleh di temui dalam warna putih.Ini bergantung pada bahan yang di gunakan ketika menghasilkannya.Boleh di dapati dalam keadaan basah ataupun kering,mi kuning di jual dalam pelbagai bentuk dan ketebalan.
  • Mi telur
Mi telur di hasilkan daripada adunan telur,gandum dan air.Ia berwarna kuning dan boleh di peroleh sama ada kering ataupun basah.Bentuk dan saiznya juga ada pelbagai.Lazimnya mi ini di jual dalam bungkusan dan perlu di rebus selama beberapa minit terlebih dahulu .Bersifat serba boleh,mi telur boleh di masak sup dan di makan bersama daging ataupun sos bijan
  • Bihun
Ia di proses daripada tepung beras,air dan garam.Rupanya lebih halus dan nipis berbanding mi kuning.Lazimnya ia di bungkus kering dalam keadaan bergulung.Sebelum di masak,bihun perlu direndam dalam air panas terlebih dahulu agar ia menjadi lembut.Kemudian ia perlu di toskan sebelum di masak.
  • Kuetiau  
Ia kelihatan kenyal,panjang dan berwarna putih.Berbanding bihun,kuetiau mempunyai bentuk yang lebar
  • Laksa
Terkenal di kalangan orang melayu.Rupanya seperti spagheti.Ia di perbuat dari tepung beras

Mi enak di nikmati dalam pelbagai keadaan.Cara menyediakannya juga boleh dilakukan dengan beraneka cara.Misalnya di goreng,stim.rebus ataupun di campurkan bersama sup. 
Sumber:Majalah Keluarga Januari 2005
Gambar:Cik Google 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan