Jumaat, 16 Disember 2011

KEK BROWNIE ISTIMEWA


Salam sayang!,,lega rasanya dapat update blog kali ini.Walaupun satu-satu entri memakan masa hampir 1 jam tapi saya cuba juga memasukkan gambar-gambar yang dah sekian lama tertunggak .Kalau line clear cepat sikit siap,kalau tidak kena tunggu lama sikit baru gambar masuk.
Anak-anak saya cukup suka makan Brownies.Satu adunan yang di buat sekejap saja di habiskan .Kadang-kadang tak sampai pun pada hari esoknya.Kek Brownie Istimewa ini saya tengok resipinya dalam Majalah Keluarga.Di dalam resipi sebenar ia tidak di tambah badam,tapi setelah saya membuatnya ,saya menambah badam cincang di dalam adunan.

KEK BROWNIE ISTIMEWA
Sumber:Majalah Keluarga Sept.2009
Bahan-bahan
Bahan A
  • 100 gm.susu cair
  • 100 gm.mentega cair
  • 100 gm.air panas
  • 200 gm.gula perang
Bahan B
  • 2 butir telur
  • 1 sdk.esen vanila
Bahan C
  • 200 gm. tepung gandum
  • 100 gm. serbuk koko
  • 1 sdk.baking powder
  • 1 sdk.soda bikarbonat
  • sedikit badam cincang.
Cara membuatnya
  • Campurkan kesemua bahan A ke dalam mangkuk adunan hingga dan kacau sebati.
  • Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bahan A .Tambahkan esen vanila.
  • Bahan C di ayak bersama dan tambahkan ke dalam adunan.Tambahkan badam cincang dan gaul rata
  • Akhir sekali masukkan ke dalam acuan/loyang dan bakar pada suhu 175'C selama 45 min.atau sehingga masak.
  • Bila masak sejukkan sekejap ,bolehlah di letakkan topping coklat dan hias mengikut kesukaan masing-masing. 

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan