Jumaat, 16 Disember 2011

BUBUR LAKSA

Siapa pernah makan laksa yang di buat bubur?.Pasti ramai yang tidak pernah dengar pasal bubur laksa.Ia adalah bubur yang biasa kita buat cuma bahan bubur adalah dari laksa.Di dalam resipi ini saya telah menambahkan bubur cha-cha kering(skoteng)yang di beli kat Melaka.Dulu-dulu semasa saya masih di sekolah rendah,arwah ayah suka sangat makan  bubur laksa ini...terkenang-kenang!

BUBUR LAKSA
Bahan-bahan
  • 1 mangkuk sedang laksa.
  • 2 keping gula melaka 
  • 1/2 cawan skoteng
  • gula -ikut manis 
  • 3 helai daun pandan
  • secubit garam
  • 500 ml.santan kelapa
  • air untuk tambahan.

Cara membuatnya
  • Rendam skoteng(bubur cha-cha kering)dan di rebus hingga kembang.Bila masak lalukan di bawah air dan toskan.
  • Masukkan santan dan air ke dalam periuk,daun pandan, gula melaka,gula dan secubit garam.
  • Masak kuah santan hingga hampir mendidih sambil di kacau sekali-sekala.
  • Masukkan laksa dan skoteng.Kacau sebentar dan bila kuah masak bolehlah di angkat dari api.
  • Sejukkan dan bolehlah di hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan